“Bukan berpantang, bukan berjaga malam.” Elfira Loy kongsi part paling mencabar sebagai ibu Rayyan

Setiap wanita tentu akan menempuh detik untuk menerima anugerah teragung dari Tuhan iaitu seorang cahaya mata. Bukan senang untuk seorang wanita itu mendapatkan, malah bukan senang juga untuk melalui dugaan ketika dalam tempoh mengandung hingga bersalin. Namun, seorang wanita bernama ibu tetap sanggup mengenepikan segala s4kit perit demi melihat anaknya selamat melihat dunia.

Dari tempoh mengandung sehingga habis tempoh berpantang, si ibu masih lagi menanggung keperitan bahagia itu. Itulah yang dirasai oleh ibu muda, Elfira Loy sekarang. Baru-baru ini, Elfira Loy atau lebih mesra dipanggil El, telahpun menghabiskan fasa berpantang beliau.

“Few days ago , tamat dah my confinement no more extent extent dah. I am super satisfied with the survice. Bukan je memudahkan kerja el sepanjang pantang tetapi menyenangkan hati.

With the knowledge & experience of my confinement lady , el sedikit sebanyak banyak belajar tentang baby & tentang diri el . Lepasni inshaAllah faham & berani jaga Rayyan. Alhamdulillah rayyan takde kuning langsung , he’s barely puke & kembung perut. tu semua sebab diajaga rapi oleh CL el from lavenderconfinementcare .

My biggest challenge as a mom .

Bukan part berpantang ( i loved it ) , bukan part berjaga malam untuk baby tetapi part menyusukan anak. Tak sangka akan struggle begini . Certain days i can stay positive, eat well and has a good milk suppply some days nothing works , i almost gave up.

but Kak Nurul always there to help me stays positive to feed my baby. Lepasni takde siap nak urutkan dah bagi banyak susu.

Thank you Kak Nurul sudah anggap el macam anak sendiri jaga dengan hati yang ikhlas . We definitely gonna miss you the most . How i wish i can keep you . But im pretty sure a lot of mothers out there need you.

I know you’re in good hands if you’re with Kak Nurul. Semoga berjumpa lagi” kata El dalam laman instagramnya.

El mengatakan bahawa menyusukan anaklah yang paling mencabar sepanjang beliau menjadi ibu. Beliau juga berkata beliau tidak menyangka menyusukan anaknya akan menjadi sangat mencabar untuknya. Beliau juga ada berkongsi momen beliau perlu pam susu didalam kereta ketika memandu di Ig Storynya.

“Pam sambil memandu sememangnya tidak lawak. Saya tak tahu bagaimana anda lakukannya tp ya, tidak lagi untuk saya” kata El dalam Ig Storynya.

Rata-rata netizen memuji El nampak semakin berseri-seri dan cantik selepas berpantang baru-baru ini.

Dalam perkembangan El, sedang dalam menguruskan anak, beliau juga bersambil-sambilan menguruskan cafenya bernama Love Me Seven Days yang terletak di Kuala Lumpur. Menurut El, cafe ini telah berjalan sejak 4 tahun lalu dan beliau berkata akan pelajari lebih mendalam lagi dalam pengurusan perniagaan untuk cafe beliau itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ig Elfira Loy via Viral Kami Press

Be the first to comment on "“Bukan berpantang, bukan berjaga malam.” Elfira Loy kongsi part paling mencabar sebagai ibu Rayyan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*