“Saya Bekerja Bukan Sebab Duit ..” – Nabila Huda

Aktres Nabila Huda akui memandang serius dalam watak yang dipikul dan sentiasa mempersiapkan diri sebelum melangkah ke set penggambaran.

Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil dia akan baca skrip berulang kali sehingga faham jalan cerita tersebut.

“Biasanya apabila diberikan watak, saya akan study karakter itu, baca sampai tiga kali skrip dan fahamkan dahulu di rumah.

“Kemudian plan apa yang saya nak buat dengan karakter macam ni supaya ia tak jadi stereotype atau sama dengan karakter lain.

“Saya tak akan ambil ringan kerana kalau bekerja saya memang serius termasuk fikirkan baju yang nak dipakai untuk disesuaikan dengan watak,” katanya.

Tambah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 ini, dia tidak akan menggunakan kemenangan untuk menjadikan bayarannya mahal.

“Saya lebih mementingkan skrip dalam soal kerja. Saya bekerja bukan sebab duit, saya taknak kaya-raya pun.

“Saya suka dengan kehidupan sederhana sekarang ini. Hidup besederhana lebih bahagia daripada yang kaya-raya. 

“Bagi saya, tidak perlu menggunakan kejayaan yang telah dicapai untuk menaikkan bayaran dalam lakonan. Ini adalah penghargaan kepada hasil kerja saya,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Bekerja Bukan Sebab Duit ..” – Nabila Huda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*