“Dndam Sampai Mer0yan ViraIkan Fltnah” – Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

Pendakwah bebas Dai Farhan baru-baru ini telah mengumumkan telah mengahwini seorang wanita yang berstatus ibu tunggal anak lapan di Tanah Suci Mekah.

Malah, dedah Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, 29, perkahwinan keduanya itu telah mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya.

“Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yang pertemukan kami di sisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah.

“Di Tanah Suci juga kami disatukan dengan ikatan pernikahan, amanah buat ku untuk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yang baik hati.

“Terima kasih buat isteri pertama ku yang sentiasa tabah dan kuat semangat dengan hakikat ini.

“Moga segalanya dalam redha dan rahmat ilahi. Mohon semua doakan yang terbaik untuk ustaz dan amanah yang Allah berikan,” kongsinya menerusi Instagram dua hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

~ Alhamdulillah slmt tiba di Negeri Bandaraya bersejarah..menikmati suasana disini seketika..siiru ala barakatillah ~ #daifarhantv3 #tripmelaka

A post shared by Da’i Farhan (Official) (@daifarhan) on

Bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki tampil menulis surat terbuka menerusi Facebook menyatakan perkahwinan Farhan tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya, Fatin.

“Sebenarnya Dai ini sudah nikah beberapa bulan lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

“Sembunyikan janda nak dinikahi daripada pengetahuan isteri pertama. Isteri sorok-sorok cari nombor telefon isteri kedua mesej janda itu suruh stopkan hubungan dengan lakinya,” dedah pengguna itu.

Malah, dkwa pengguna itu tindakan Farhan mengecewakan keluarganya sendiri dan pernikahan keduanya bersama wanita yang bertugas sebagai doktor pakar itu demi kepentingan diri.

Enggan perkara itu terus tular diperkatakan, Farhan tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi entri terbaharu di Instagramnya hari ini.

Kata Farhan, tindakan pengguna itu berpunca daripada perasaan dndam atas urusan jual beli rumah yang tergendala.

“Mungkin kerana dndam saya tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia mer0yan dengan viraIkan perkara f1tnah.

“Semoga gambar WhatsApp isteri saya dengan dia pada 1 November lalu menjawab segala f1tnah yang dia viraIkan,” tegas Farhan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Astaghfirullah, mungkin krn dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dgn dia, tak izin isteri beli rumah dgn dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dgn viralkan perkara fitnah yg telah berlalu..moga gambar wassup isteri saya dgn dia pd 1 Nov yg lalu menjawab segala fitnah yg dia viralkan..teman2 sekalian ingatlah, manusia yg hebat mulia adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi pahala utknya tak pernah terhenti..tetapi manusia yg MALANG & HINA adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi saham DOSA utknya tak pernah terhenti..itulah bahaya fitnah, penyebar dan penyokong nya..maafkan daku ya Allah, insan yg hina lagi kerdil ini..ampuni dosa hambaMu ini.. #padamukubersujud #ujianpenghapusdosa #sabarituindah❤️

A post shared by Da’i Farhan (Official) (@daifarhan) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dndam Sampai Mer0yan ViraIkan Fltnah” – Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*