“Saya Memang Selalu 0ver” Wann Sedia Terslngkir, Tak Fikir Soal Kalah Menang

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann tidak tertekan dengan kedudukan terakhir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung penuh meriah malam tadi.

Jelas Wann, dia pada mulanya sudah bersedia seandainya namanya tidak tersenarai untuk meneruskan perjuangan pada minggu hadapan.

“Saya tak k3cewa, tak rasa tert3kan pun. Kalau tersingkir, saya boleh balik rumah. Saya sudah bersedia!

“Malah, daripada awal lagi saya menyertai GV sebab nak membuat persembahan di pentas.

“Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk beraksi pada minggu hadapan dan ramai yang masih menyokong saya,”

Tambah Wann lagi, dia sudah memberikan usaha sehabis baik dalam setiap persembahannya setiap minggu walaupun tugasan lagu yang diberikan keluar daripada zon selesanya.

“Saya penyanyi, ini kerjaya saya. Jadi, apa sahaja lagu yang diberikan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskannya sehabis baik.

“Sudah berzaman saya menyanyi, maka saya buat sahaja.

“Kalau nak cakap saya ekstrem, ya saya memamg over! Saya menyanyi ikut apa yang saya mahu nyanyi,” ujar Wann.

Dalam persembahannya menerusi lagu Terlalu Memuja (Wany Hasrita), Wann mendapat komen daripada juri bahawa ekspresi nyanyiannya terlalu ekstrem hingga menjejaskan sebutan lirik lagu terbabit.

Malah, persembahan Wann meletakkannya di kedudukan tercorot antara kesemua sembilan bintang GV2019 yang masih bertanding.

Mujur nasib Wann masih terselamat apabila minggu ketujuh menyaksikan tiadanya penyingkiran dengan pengumuman pertambahan tiga minggu lagi menjelang final.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via RoseMerah

Be the first to comment on "“Saya Memang Selalu 0ver” Wann Sedia Terslngkir, Tak Fikir Soal Kalah Menang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*