Isu bayaran kepada pelakon sering menjadi isu berbangkit dalam industri seni kerana ada sahaja selebriti merungut bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.
Isu ini juga terpaksa diharungi pelakon Didie Alias yang dikatakan merajuk dalam bidang lakonan disebabkan tawaran bayaran yang tidak seiring dengan bakatnya dalam industri.
Foto: Instagram Didie Alias
Didie jarang keluar di skrin televisyen kerana tidak mahu menerima tawaran sekadar tangkap muat sahaja.
Menurutnya, dia telah banyak memegang watak utama sebelum ini dan bekerja dengan seikhlas hati.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi dalam HLive, dia tidak meletakkan bayaran tinggi pada pihak produksi, namun sekali lagi menegaskan bayaran itu biarlah sesuai dengan bakat serta pengalaman dirinya dalam industri. Masalah bayaran tidak setimpal ini sampai bila pun tidak selesai jika pihak yang sepatutnya melindungi hak selebriti ini tidak ambil endah. – CARI
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: CARI
Be the first to comment on "“Saya Banyak Pegang Watak Utama, Nak Bayar Biarlah Berbaloi” – Didie Alias Merajuk?"