Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru

 

Penyanyi Fauziah Latiff ada menceritakan mengenai soal jodoh kepada media. Katanya, soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukan dan dia tidak berharap.

 

 

Foto: Instagram

 

 

Fauziah, 48, juga menceritakan yang dia bagaimanapun tidak menutup pintu hatinya untuk sesiapa pun. Namun, buat masa sekarang masih belum ada lagi yang berkenan di hati.

“Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini bahagia dengan keluarga. Cerita nak kahwin itu dah lama berlalu, dah lepas! sekarang tiada sesiapa di hati, saya pun tidak berani nak kata dah tutup pintu hati, buatnya ada yang datang nanti. Soal jodoh ini urusan Tuhan,” katanya kepada wartawan mStar.

 

 

Foto: Instagram

 

Untuk pengetahuan anda semua, Fauziah Latiff pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun mereka bercerai selepas tiga tahun perkahwinan.

 

 

 

Selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London, tapi bercerai juga pada 2007. Mereka dikurniaakan dua cahaya mata lelaki yang kini sudah dewasa.

 

 

Foto: Instagram

 

Sehingga ke hari ini, Fauziah masih solo dan hanya fokus pada pekerjaannya. Dan terkini, dia sibuk dengan aktiviti kecergasan dan seni di sebuah studio kecil.

Semoga Fauziah bertemu dengan jodoh yang mampu menjaganya kelak. – CARI

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:FORUM CARI

Be the first to comment on "Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*