“Pintu Hati Sudah Tertvtup” Lufya

Menurut Lufya, dia tetap dengan keputusannya untuk mendapatkan pengesahan lafaz ceral yang dibuat suaminya itu.

“Saya memang keliru apabila dia menukar pendirian tidak mahu bercerai sedangkan sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan sudah menceraikan saya ketika ditemubual media,” katanya.

Lufya ditemui di majlis sambutan hari lahir anaknya, Lanaa Haura yang kedua di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk bergelar ibu tunggal pada usia muda, kata Lufya, dia sudah lama memulakan hidup baru bersama anak tunggalnya itu.

“Saya sudah mulakan hidup baru sejak dia tinggalkan saya bersama anak. Saya berharap dia jujur pada dirinya sendiri dan tidak memanjangkan kes rumah tangga kami ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Lufya, dia berharap semoga kes rumah tangganya itu akan selesai dengan cara yang baik.

“Tiada kasih sayang dan kesetiaan lagi dalam perkahwinan ini. Biarlah kami berpisah cara baik untuk masa depan anak. Insya-Allah, saya akan menjaga Haura sebaik yang mungkin,” katanya.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Disember depan.

Kedua-dua pihak perlu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) masing-masing dan mahkamah juga akan melantik JKP dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Lufya dan Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan Lanaa Haura, 2.

Namun, kisah pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi perbualan ramai sejak Oktober 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hmetro via NUA

Be the first to comment on "“Pintu Hati Sudah Tertvtup” Lufya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*