Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Main Cover Dram Untuk Lagu2 R0ck, Gempak Habis

Kenali Nandi Bushell, seorang kanak-kanak perempuan yang hanya berusia 9 tahun tetapi sangat mahir bermain instrumen muzik.

Menerusi laman sosial Nandi yang dikendalikan oleh ibu bapanya, kanak-kanak warga British itu sering berkongsikan video dia memainkan cover dram untuk lagu-lagu rock terkenal.

Salah satu video persembahan yang dikongsikan menjadi tular di mana kanak-kanak itu mengaku dia mampu ‘jamming’ lagu In Bloom oleh Nirvana sepanjang hari.

Persembahan bertenaga Nandi diiringi dengan kemahiran bermain dram yang sangat hebat membuat ramai terpegun dan kagum dengan kebolehan kanak-kanak cilik itu.

Lebih membanggakan, ramai selebriti dan penyanyi hebat yang mengikuti laman sosial kanak-kanak itu kerana kehebatannya dalam bidang muzik.

Malah, di samping bermain dram, Nandi yang sangat mencintai filem School of Rock juga boleh bermain gitar dan gemar menyanyi.

Lihat sahaja aksinya bermain dram di bawah:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Uptown Funk! This song makes me so happy to play. @brunomars and @iammarkronson this is awesome! Hope you like my jam! #uptownfunk #brunomars #markronson #funk #pop #ludwig #zildjian #zildjiancymbals #thepocketkit #questlove #vicfirth

A post shared by Nandi Bushell 🥁🎸🎤👧🏽❤️ (@nandi_bushell) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Twitter, Instagram via ViralKamiPress

Be the first to comment on "Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Main Cover Dram Untuk Lagu2 R0ck, Gempak Habis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*