Agong, Tunku Azizah sweet pimpin, hayun tangan turun pentas… ‘relationship goals’ kata Puteri Afzan, siap ada yang bagi idea buat majlis kahwin!

 

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jumaat dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kedua.

Tunku Azizah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pemasyhuran Raja Permaisuri Agong sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM.

Pemasyhuran itu mengundang sebak Tunku Azizah kerana baginda sangat dekat dengan UIAM sejak Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983.

Dalam pada itu, turut menarik perhatian adalah video yang merakamkan baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Azizah sewaktu berangkat pulang. 

Tunku Azizah (kanan) kelihatan sebak semasa berkenan menyampaikan titah ucapan selepas menerima Watikah Pemasyhuran yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto Bernama

Seperti pasangan merpati dua sejoli, kedua-duanya kelihatan ceria saat menuruni pentas dan berjalan berpimpin tangan dan menghayunkannya bersama. 

“Macam relationship goals je,” menurut tulisan di laman Twitter IIUM Today pada Jumaat malam.

Anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah kemudian memberi respons kepada perkongsian tersebut.

Goals,” ujar Puteri Afzan menjawab status itu.

Puteri Afzan turut memberi respons terhadap video ayahanda dan bondanya.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh baginda bersama Tunku Azizah turut mendapat pujian warganet yang menyifatkan ia sebagai resepi kebahagiaan pasangan itu.

Goal sangat,” kata seorang warganet yang bersetuju dengan pandangan Puteri Afzan.

Sweet ayahanda dan bonda tengku puteri,” komen yang lain.

“Comel dan ceria pasangan sejoli ni. Daulat tuanku,” tambah seorang pengguna Twitter.

 

Comel dan ceria pasangan sejoli ni. Daulat tuanku

WARGANET

Warganet turut mendoakan kesejahteraan baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong agar berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Tak pernah tak sweet. Sehingga ke Jannah, insyaAllah. Amin,” ujar seorang warganet.

Komen warganet yang memuji dan mendoakan kesejahteraan baginda dan Tunku Azizah.

“Comel sangat… semoga Allah perlihara dua insan yang baik ini ya Allah. Semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah buat Tuanku Agong dan Permaisuri Agong,” kata seorang lagi yang memuji kemesraan baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Azizah.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter yang terawal berkongsi video tersebut turut berkongsi cadangan mengenai majlis perkahwinan berinspirasikan rakaman berkenaan.

“Boleh buat idea majlis kahwin ala konvo. Pengantin pakai robe tanpa head gear masing-masing, yang laki pakai songkok,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤❤ #mstaronline #mstarkongsi #mstarE1 Video nexer_wpk95 / PM for credit

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Agong, Tunku Azizah sweet pimpin, hayun tangan turun pentas… ‘relationship goals’ kata Puteri Afzan, siap ada yang bagi idea buat majlis kahwin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*