Tidak dinafikan kos mengadakan majlis perkahwinan bagi mana-mana budaya sekali pun pasti memakan belanja yang tinggi demi persiapan yang sempurna.
Lebih-lebih lagi bagi adat perkahwinan yang sangat mementingkan perhiasan pengantin yang mewah, barang kemas yang diperbuat daripada emas, berlian atau batu permata sering menjadi keutamaan.
Namun seorang pengantin dari Pakistan ini telah membawa kelainan di majlis perkahwinannya, dengan memakai perhiasan ‘tomato.’
Tomato jewellery. In case you thought you've seen everything in life.. pic.twitter.com/O9t6dds8ZO
— Naila Inayat नायला इनायत (@nailainayat) November 18, 2019
Dalam satu video yang tular, pengantin berkenaan dilihat memakai pakaian pengantin tradisional berwarna emas dengan gelang tangan, rantai leher, dan subang yang terdiri daripada tomato.
Wanita itu memberitahu penemuramah bahawa keputusannya untuk menjadikan tomato sebagai perhiasan diri adalah kerana harga emas yang mahal.
Tambahan pula harga tomato dan kacang pain juga sama mahal, jadi tidak salah jika dia menggantikan emas dengan tomato.
Di samping itu, wanita tersebut turut menunjukkan wang hadiah yang diterimanya adalah dalam bentuk kacang pain.
Posting yang dimuat naik oleh wartawan bernama Naila Inayat itu telah meraih lebih 35 ribu tontonan membuat rata-rata netizen terhibur.
Sumber: Twitter, India Today, HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Pengantin Perempuan Pakai Perhiasan ‘Tomato’ Di Majlis Perkahwinan, Memang Rare!"