“ Ni Lah Satu Satu Nye Lagu Budak,Pertama Kali Dengar Terus Minat” – Lagu Terbaru Didi & Frends Mendapat Sambutan Hangat ,Hampir 3 Juta Tontonan Di Youtube Dalam Masa Satu Minggu..

Kartun siri animasi Didi & Friends yang biasanya dikenali dengan cerita serta lagu-lagu hiburan dan pengajaran untuk kanak-kanak kini tampil dengan sebuah lagu baharu yang berbeza.

Lagu baharu berjudul Mengantuknya Mumia telah menjadi tular di kalangan remaja dan dewasa gara-gara kelainan melodi dan konsepnya yang ditampilkan lebih catchy dan segar.

Mengantuknya Mumia ini bagaimanapun menjadi tular di sosial media selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

Hanya memetik sedikit dari rakaman lagu itu dengan kapsyen, “Me at school”, ia terus menjadi tular.

Video lagu ini telah meraih perhatian ramai dengan lebih dari 33,700 retweets dan 26,500 likes.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga meraih hampir 3 juta tontonan hanya dalam masa seminggu!

Rata-rata warganet teruja dengan lagu ini dan mengakui ramai peminat animasi ini kini dalam golongan remaja dan bukan lagi hanya kanak-kanak.

Berikut adalah antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:

Betul! Ank sy masih xbole berckp lg dgn baik sebut perkataan satu2 bole buat ayat xbole.. dgr lagu didi dia bole sing along alhamdulillah

baru malam td dengar anak sy 3 tahun lebih pasang kat YouTube… dok cakap ngan dia adik pasang lagu apa tu mengantuk.. mengantuk… hahahaha

selalu nynyi lagu ni..setiap kali start nynyi,anak aku umur 3 tahun terus bantah dan cakap,’salah mama’.. Aik salah ke? Mengantuk,mengatuk mana nak tidur..hahahahahhhahahah

Betul2…bape ary ni dgr anak2 besar 6 dan 4 thn nyanyi lagu baru didi dan friends ni tmsk dgn daddy dorang…. Ketinggalan mommy tau benda2 ni..hihihi

Aku tak pernah tgk didi and frens ni. Lagu dia yg lain dgr2 tpi xambik port. But lagu ni syok dan tersuka. Ulang2 byk kali pulak haha

Memang btol pon sekali ank bukak ptama kali dngo. Skrg bukak trus smpi mak dg ayah dia ni siap hafal

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Astro Gempak

Be the first to comment on "“ Ni Lah Satu Satu Nye Lagu Budak,Pertama Kali Dengar Terus Minat” – Lagu Terbaru Didi & Frends Mendapat Sambutan Hangat ,Hampir 3 Juta Tontonan Di Youtube Dalam Masa Satu Minggu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*