“Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” – Baju Wann di pentas GV6 dituduh cipl4k, pereka fesyen Arma mahu buat lap0ran p0lis

PEREKA fesyen, Arma Abdul Rahman berasa kesal dan sedih apabila pakaian rekaannya yang digayakan oleh penyanyi Wann pada konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) Ahad lalu didakwa cipl4k daripada seorang pereka fesyen terkenal.

Menurut Arma, 36, dia tidak meniru atau mengambil inspirasi mana-mana pihak dan rekaan tersebut disesuaikan mengikut konsep yang diberikan oleh pihak pengurusan dan produksi Astro.

“Saya sudah berada dalam industri kira-kira 15 tahun, bukan baru… dalam isu ini tiada istilah cipl4k atau ambil inspirasi kerana saya hanya mengikut tema dan kehendak pihak pengurusan Astro. Sejujurnya saya tak follow pereka fesyen itu dan tak tahu langsung fasal rekaan yang dikatakan sama itu.

“Tak bolehlah claim sesuatu rekaan itu milik dia, apalah sangat yang boleh dibuat dengan rekaan tradisional dan klasik. Saya hanya buat baju dan dibantu oleh stylish yang dilantik Astro. Untuk pengetahuan, warna silver baju itu pun antara dua pilihan warna yang ditentukan Astro.

“Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita sebabnya pakaian tradisional ini pakaian warisan turun-temurun. Tak ada beza yang ketara dan contohnya tali pinggang memang letaknya di pinggang, kalau letak di dahi… ya itu rekaan baru!” katanya kepada mStar.

 

Arma hasilkan rekaan baju untuk Wann di GV dan Fieya Julia di Big Stage baru-baru ini.

Pada konsert GV6 minggu keempat, Wann mengenakan baju persalinan klasik rekaan Arma Couture menggunakan fabrik sutera siam dengan rona perak.

Rekaan dan konsep pakaian yang digayakan Wann itu menarik perhatian pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang pernah menghasilkan rekaan serupa semasa majlis perkahwinan penata gaya (stylish), Tym Fatimah.

Kami ada jumpa di belakang pentas GV dan semuanya okay sahaja. Kami bertegur sapa dan siap berpeluuk lagi, tak ada pula bunyi tentang isu ini!

ARMA ABDUL RAHMAN

PEREKA FESYEN

 

Menerusi Instagram, Tym turut menulis mengenai konsep pakaian tersebut yang dikatakan hampir serupa dengan rekaan pada baju perkahwinannya itu.

Mengakui terkejut apabila isu ini menjadi tular di media sosial, Arma berkata dia dan Hatta tiada sebarang isu dan pertemuan mereka di belakang pentas GV6 berlangsung dengan baik.

Arma menghasilkan rekaan baju berpandukan kehendak pihak Astro.

“Ya kami ada jumpa di belakang pentas GV dan semuanya okay sahaja. Kami bertegur sapa dan siap berpeluuk lagi, tak ada pula bunyi tentang isu ini.

“Kami dah kenal lama, belajar di tempat sama dan sepatutnya isu ini tidak dibangkitkan. Dia boleh sahaja telefon atau mesej saya secara peribadi dan bukannya naikkan isu ini di media sosial.

“Malah, sebelum ini saya juga pernah bekerjasama dengan Tym semasa acara Saloma Collection Arma Couture 2016. Dia pun bukan orang baharu dalam industri fesyen dan mesti tahu cara kerja bersama produksi TV, kita ada guideline yang perlu diikut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arma berkata dia sudah merujuk kepada peguam dan bakal membuat lap0ran p0lis di Bandar Kinrara, Selangor pada Isnin.

 

Perkongsian Hatta dan Tym di Instagram menarik perhatian netizen.

“Saya akan buat lap0ran p0lis kerana isu ini dah membabitkan bvli siber, ramai bercakap dan menghent4m saya hanya kerana dakwaan tidak berasas itu. Hal ini juga telah mencemar kredibiliti saya sebagai seorang pereka fesyen.

“Kalau nak tahu ini bukan kali pertama, sebelum ini ada juga tapi saya diam sahaja sebab saya bukan yang jenis suka nak heboh-hebohkan di media sosial. Jadi saya rasa laporan polis ini sebagai melindungi diri saya daripada isu ini menjadi lebih besar.

“Janganlah sampai buat begini, industri kita ni kecil sahaja. Sebelum ini, pada tahun 2008 saya hasilkan pakaian istimewa untuk perkahwinan Mawi dan Ekin berkonsepkan tradisional Jawa Kontemporari dan ia menjadi ikutan ramai, tapi tak ada pula sampai nak claim itu rekaan saya, dunia fesyen ini luas dan besar,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment on "“Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” – Baju Wann di pentas GV6 dituduh cipl4k, pereka fesyen Arma mahu buat lap0ran p0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*