Selepas Faizal Husin Dedah Kenapa Dia Jarang Muncul DI Kaca TV, Kini Giliran Fizz Fairuz Pula Buka Mulut Cerita Sesuatu Yang Mengejutkan Ramai Pihak

PELAKON Datuk Fizz Fairuz mendedahkan pernah berasa putus asa untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon berikutan sering mendapat skrip yang tidak kuat.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata, rakan gandingan dalam drama yang tidak sepadan menjadikan drama lakonannya kurang mendapat perhatian. 

“Pernah rasa tak mahu berlakon lagi sebab saya tak pernah dapat skrip yang cukup kuat seperti pelakon lain.

“Sudahlah skrip tak best, pelakon gandingan pun tak best… buat saya jadi kecewa,” katanya kepada mStar.

Fizz ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Fizz Fairuz pernah putus asa jadi pelakon.

Tambah aktor ini, dia berasa gembira dan bersyukur sekiranya terus mendapat tawaran untuk membawa watak yang berat.

“Saya akhirnya mendapat tawaran berlakon untuk drama Kamar Kamariah, sebuah naskhah yang besar tetapi diepisodkan.

“Saya memang suka bawa watak yang betul-betul jahat. Setakat nak bagi orang sakit hati, menyampah itu memang ‘makanan’ saya. Mudah untuk saya lakonkan watak sebegitu.

“Bidang seni ini luas… saya gembira jika diberikan tawaran untuk berlakon watak yang sebegitu boleh dikembangkan menjadi lebih menarik,” katanya.

Saya memang suka bawa watak yang betul-betul jahat. Setakat nak bagi orang sakit hati, menyampah itu memang ‘makanan’ saya.

Dalam perkembangan lain, Fizz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi lakonan mantapnya dalam drama Kamar Kamariah yang turut memenangi anugerah bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd).

Suami kepada aktres Datin Almy Nadia ini berkata, dia tidak menjangka kemenangannya pada malam itu selepas gagal meraih apa-apa anugerah dalam tempoh 20 tahun bergelar pelakon.

“Sudah berapa kali saya masuk pencalonan sebelum ini tapi tak pernah menang… dah dekat 20 tahun begitu.

“Sejujurnya saya tak sangka akan menang kerana pesaing kuat adalah Azhan Rani dengan watak ustaz Hamadi itu. Tak dinafikan, drama Nur memang sangat kuat.

“Saya tak pernah letak apa-apa harapan kerana selama saya dalam industri, ini kali pertama menang anugerah ini. Alhamdulillah, kali ini mungkin rezeki saya,” katanya.

Sumber: Mstar

“Mereka Tak Hargai” – Faizal Hussein Terkilan, Dedah Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyle

Aktor senior, Faizal Hussein ralat dengan sikap segelintir penerbit filem mahupun drama yang dilihat tidak menghargai usaha dan komitmen kerjanya dalam sesebuah naskah.

Faizal, 52 tahun berkata namanya sering digugurkan daripada membintangi produksi drama dan filem disebabkan bayaran yang diminta – disifatkan terlalu tinggi oleh produksi.

Tampil mempertahankan haknya, Faizal menjelaskan nilai bayaran yang diminta adalah selaras dengan watak yang bakal dijayakan dalam sesebuah filem atau drama.

“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain.

“Kadang-kadang mereka tidak tahu bagaimana saya bekerja dengan komitmen dan begitu banyak usaha yang saya akan lakukan untuk membawa satu-satu watak itu. Mereka tak hargai!” katanya memetik mStar Online.

Menerusi drama Samad Tedung, Faizal yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2019 itu berkata pengalaman kerjanya juga perlu diambil kira selain komitmen dan hasil kerja yang diberikan.

Menurutnya bayaran yang diminta merupakan faktor wajahnya jarang kelihatan di kaca televisyen kebelakangan ini.

“Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini.. kalau saya minta lebih confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini.

“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Kyle sedangkan saya dah berlakon lama daripada dia?” soalnya.

Apa pendapat korang? yelah seniority plus lakonan Abang Faizal memang tak boleh disangkal. Hebat!

SUMBER : LM

Be the first to comment on "Selepas Faizal Husin Dedah Kenapa Dia Jarang Muncul DI Kaca TV, Kini Giliran Fizz Fairuz Pula Buka Mulut Cerita Sesuatu Yang Mengejutkan Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*