Pelanduk Dua Serupa Remy Ishak Seorang Pemandu Lori

Pelanduk dua serupa, istilah bagi dua individu yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi memiliki wajah dan paras rupa seakan. Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Menurut ahli-ahli Biologi , di dalam dunia ini terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama / hampir sama ( sama tetapi tidak serupa ) . Dan tidak mustahil , daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia .

Itulah kata mereka , dan terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu ataupun tidak . Percaya kepada teori itu tidaklah merosakkan iman kita dan tidak percaya juga tidaklah menyebabkan kita akan berdosa , kecualilah kalau kita percaya bahawa Allah tidak berkuasa mencipta 7 orang yang berwajah sama , bahkan seiras.

Baru-baru ini viral satu rakaman video pemandu lori yang seakan-akan sama dengan pelakon popular Remy Ishak. Lelaki seakan-akan Remy ini berkemungkinan besar seorang warga asing berdasarkan percakapannya. Video itu menjadi trending dan ramai terhibur dengan gelagatnya. Siap tanya Remy sudah tidak berlakon lagi ke.

Pelanduk Dua Serupa Remy Ishak Pemandu Lori

Posted by Rock N Roll Pizza on Sunday, 3 November 2019

Sebelum ini Remy memenangi trofi dalam kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah, pelakon Remy Ishak meluahkan rasa syukur dirinya masih relevan di hati peminat meskipun sudah 15 tahun berada di dalam industri seni. Pelakon filem Sangkar ini juga mengaku bukan mudah untuk terus bertahan memandangkan pendatang baharu dalam lakonan silih berganti.

“15 tahun aku berada dalam industri hiburan tanah air dan kerap berada di top 5 ABPBH.Selalu melihat pemenang bersilih ganti. Itupun sudah terlalu cukup memadai dan berharga.Bukan mudah untuk bertahan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang selalu menyokong,” jelas Remy.

Remy Ishak dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai anak kedua daripada empat beradik kepada sebuah keluarga yang berpecah-belah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, beliau mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

“Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP,” katanya.

Be the first to comment on "Pelanduk Dua Serupa Remy Ishak Seorang Pemandu Lori"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*