Anak Sulung Dapat Diploma,Sharifah Shahirah Bawa Jumpa Jatt Ali Atas Permintaan Anak Nya Itu,Ini Hubungan Sharifah Shahirah Dengan Jatt Ali Yang Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera telah memuat naik gambar majlis konvokesyen peringkat diploma anak sulungnya yang bernama Allisya Tahir di HELP University.

Mak doakan yang terbaik!

Menurut Shiera, dia berbangga dengan anaknya yang berjaya menamatkan pengajian apatah lagi gadis itu sudah mendapat pekerjaan.

“Meskipun hanya pada peringkat diploma, saya berbangga dengan pencapaian Allisya yang kini bekerja mengendalikan media sosial di sebuah agensi.

“Buat masa ini, Allisya belum mempunyai sebarang perancangan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya juga tidak mahu memaksanya dan kalau boleh, biar keinginan itu datang dari hatinya sendiri,” katanya.

Selesai sahaja menghadiri majlis tersebut, penyampai radio Suria FM itu membawa anaknya bagi berjumpa dengan bekas suami iaitu Jatt Ali yang sedang sibuk kerana sedang menjalani program realiti Gegar Vaganza.

“Kebetulan, Jatt berada di ibu negara selama tiga hari kerana terikat dengan sesi latihan dan persembahan untuk siaran langsung Gegar Vaganza musim keenam.

View this post on Instagram

Settle 🙏🏻 *poor quality* tak de photographer. Sdn. Bhd 😜

A post shared by Allisya Tahir (@tallisya72) on

“Apabila Allisya memberitahu ingin mengabadikan kenangan manis itu bersama ayahnya, saya bergegas membawanya ke tempat latihan Jatt,” katanya.

Allisya merupakan anak kepada hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone tersebut. Mereka berkahwin pada 1993 dan berpisah enam tahun kemudian.

Shiera kini menjalani kehidupan dengan pelakon, Ijoy Azhari dan dikurniakan empat lagi anak iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "Anak Sulung Dapat Diploma,Sharifah Shahirah Bawa Jumpa Jatt Ali Atas Permintaan Anak Nya Itu,Ini Hubungan Sharifah Shahirah Dengan Jatt Ali Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*