”Semua orang sayang ayah” Rintlhan Dhia Anak Pitt Hanif

“Ayah, nanti tolong Dhia dalam hidup eh? Dhia tak pandai. Ayah, tolong Dhia. Penat dah ni. Ayah tahu Dhia kuat kan?”.

Itu antara coretan anak sulung pengarah filem, Allahy@rham Pitt Hanif yang dikenali sebagai Dhia, meluahkan isi hatinya terhadap kehilangan insan kesayangannya itu menerusi laman Twitter.

Dalam satu muat naik lain, Dhia menulis, dia turut bermimpikan Pitt atau nama lengkapnya Mohd Firdaus Mohd Hanif ketika misi pencarian dilakukan.

“Ayah, tengok! Dhia kuat! Ayah datang jemput mimpi Dhia tadi. Ayah cakap, ‘ayah okay… Dhia kuat!’.. Bangun sahaja mereka dah jumpa ayah.

“Dhia berjanji untuk jaga keluarga seperti ayah menjaga kami. Semua orang sayang ayah,” tulisnya.

Tidak hanya keluarga, pemergian Pitt turut dirasai sebilangan besar penggiat seni yang berkongsi pengalaman mereka bekerjasama dengan pengkarya yang disifatkan antara pengarah terbaik dalam industri perfileman tempatan.

Beto Kusyairy menerusi instagram mengakui, kagum dan ‘cembvru’ dengan kelebihan Allahy@rham yang disayangi ramai, tidak kira bangsa dan agama.

“Aku cembvru kerana semua yang berkawan atau pernah bekerja dengan kau, tidak kira bangsa dan agama, semua sayang kau. Kau istimewa Pitt. Sungguh.

“Tetapi, apalah makna sayang kami untuk dibanding dengan sayangnya Allah pada kau. Rehatlah kau di sana, abang. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Kami menyayangi kau dan kau pasti akan dirindui,” katanya.

KENANGAN Zahiril bersama Allahyarham Pitt (kanan). Foto IG Zahiril Adzim

Sementara itu, Zahiril Adzim pula berkongsi cerita mengenai sikap Allahy@rham yang sentiasa memastikan pelakon dan kru yang bekerja di bawah produksinya mendapat cuti pada Jumaat bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat.

“Dari zaman (filem) Parit Jawa, Pekak sampai One Two Jaga, semua orang tahu, kau mesti nak kita semua cuti pada Jumaat. Itu memang cara kau.

“Kau mudahkan urusan ramai orang, Pitt. Kau muliakan Jumaat, sebab itu Allah sayangkan kau. Semoga Allah tempatkan kau bersama orang yang beriman. Ramai yang sayangkan kau,” tulisnya.

Pengacara dan pelawak, Jihan Muse pula menyifatkan Pitt sebagai insan yang bertanggungjawab membawanya melangkah ke dalam industri hiburan.

“Permulaan kerjaya seni saya sebagai pelawak disebabkan oleh Allahyarham yang memaksa saya menyertai pertandingan Raja Lawak musim ketiga.

“Abang Pitt Hanif tiba-tiba cakap, ‘Yan, kau pergi masuk Raja Lawak!’. Isterinya, Farah Ahmad pula menyambung: ‘Lepas ini, kau jangan tanya Abang Pitt minta nak berlakon lagi’.

“Saya hanya diam dan esoknya terus ikut ibu pergi uji bakat di Shah Alam. Alhamdulillah, di situ bermulanya untuk saya berada pada kedudukan hari ini.

“Terima kasih Abang Pitt. Selamat jalan bertemu kekasih abadi. Moga Abang Pitt bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama salihin. Syah1d pergimu, insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Pitt yang dikhuatiri lem@s di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis pada jam 11 pagi kelmarin, ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.25 petang, semalam.

Jenaz@h dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bed@h siasat, sebelum dibawa pulang ke ibu negara untuk disem@dikan.

Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Berita Harian

Be the first to comment on "”Semua orang sayang ayah” Rintlhan Dhia Anak Pitt Hanif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*