Tahniah, Joe Flizzow Bakal Kahwin Dengan Gadis Pilihan Hati Tahun Depan!

Menerusi laporan berita Awani.com, penyanyi rap  terkenal yang juga merupakan pelopor muzik hip hop negara, Joe Flizzow dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama  teman wanitanya, Marini Ramlan pada tahun depan. Joe Flizzow  Foto- Google

Menurut ibu Joe,  Aishah Ali anaknya itu sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya setelah mencapai tahap yang membanggakan dalam kerjaya seninya. Kira-kira sebulan lepas Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak telah dilantik sebagai pengarah urusan Def Jam Asia Tenggara. Menurut ibunya lagi, tiada  sebarang tarikh pernikahan  yang ditetapkan ketika ini, namun majlis perkahwinan dijangka bakal berlangsung awal tahun depan.

Siapa Marini Ramlan?

Marini Ramlan Foto-Batik &Bubbles

Teman wanita Joe  ini menyandang tugas sebagai Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, wanita ini  juga merupakan seorang pelukis yang aktif berkarya.

Dia yang turut dikenali sebagai Nini Marini dalam dunia seni lukis tempatan telah menghasilkan banyak lukisan berkonsep kontemporari dan telah berkolaborasi dengan  beberapa pereka fesyen tempatan seperti Alia Bastamam dan Syaiful Baharim.

 

Antara lukisan yang dihasilkan Nini Foto-Batik&Bubbles

Tahniah diucapkan kepada Joe dan pasangan. Nampaknya, pasangan ini mempunyai jiwa  seni yang kuat dan masing-masing mempunyai kerjaya seni yang hebat dan membanggakan. – CARI

Be the first to comment on "Tahniah, Joe Flizzow Bakal Kahwin Dengan Gadis Pilihan Hati Tahun Depan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*