[VIDEO] Ini Rayuan Dan Permintaan Sebak Keluarga Pitt Hanif Kepada Semua

KELUARGA pengarah filem, Pitt Hanif yang ditemui meningg4l dunia selepas dua hari dilaporkan hilang semasa memancing di Lipis, Pahang minta diberikan ruang untuk menerima berita pemergian sutradara itu.

Balunya, Farah Ahmad berkata sebarang kenyataan lanjut hanya akan dikeluarkan melalui laman sosialnya.

View this post on Instagram

28/10/2019 #prayforpitthanif

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

“Saya minta maaf namun saya sudah keluarkan kenyataan kepada media lain sebelum ini, berikan saya sedikit ruang.

“Apa -apa perkembangan akan dimaklumkan melalui laman sosial Facebook atau Instagram saya kelak,” kata Farah kepada mStar.

Terdahulu jenaz4h Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Keramat AU2, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Jenaz4h pengarah filem Coast Guard dibawa ke rumah ibunya yang juga seniwati terkenal Fauziah Nawi di Taman Melati, Setapak setelah tiba daripada Hospital Kuala Lipis Pahang.

Lebih 300 keluarga, kenalan serta rakan artis turut hadir ke majlis pengebvmian bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahy4rham.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk Fizz Fairuz, Azhan Rani, Nabil Ahmad, Black Hanifah, Beto Kusyairy dan Faizal Hussein.

Allahyarham meningg4lkan seorang balu dan tiga orang anak.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "[VIDEO] Ini Rayuan Dan Permintaan Sebak Keluarga Pitt Hanif Kepada Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*