Akan Pulang Ke Negara Asal, Mat Dan Titip Pesanan Kepada Orang Ganu buat Ramai Terharu!!

Muka ‘mat salleh’, tetapi bila buka mulut terus keluar loghat Terengganu, itulah dia jejaka berasal daripada Bristol, England iaitu Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah.

Menerusi muat naik di laman Instagram Mat Dan baru-baru ini, dia memaklumkan bakal pulang ke negara asal di United Kingdom, dan berhajat mahu mempromosikan negeri Terengganu di sana.

Jagalah negeri kite ni molek2

Justeru, disebabkan rasa sayang dan cinta terhadap negeri Terengganu, Mat Dan sempat menitip pesan agar menjaga negeri tersebut sebaik mungkin sementara dia berada di UK.

“Mat Dan dah balik UK 🇬🇧 Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek2 eh…”

View this post on Instagram

Next week. Mat Dan dah balik UK 🇬🇧 Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek2 eh.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Sayang Mat Dan ke ganu…

Meskipun bukanlah anak jati Terengganu, melihat kecintaan Mat Dan terhadap negeri itu ramai yang meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif.

Orang ganu pun tak sayang ganu macam Mat Dan

Respect!

Ok Mat Dan kita jage molek2

Tidak dapat dinafikan, sesiapa sahaja akan jatuh cinta dengan Terengganu, kerana negeri itu terdapat banyak lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi.

Sumber : Mat Dan

Kredit: OMM

Be the first to comment on "Akan Pulang Ke Negara Asal, Mat Dan Titip Pesanan Kepada Orang Ganu buat Ramai Terharu!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*