Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaika ,Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial,Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat

Sebelum ini akhbar ada melaporkan tentang hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap kans3r otak untuk mengenakan pakaian seragam bomba.

Ahmad Danial Ahmad Suhairi yang menghidap kans3r otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat dikhabarkan telah m3ninggal dunia pagi tadi. Menerusi perkongsian oleh SR Islam Al-Irsyad Balok, adik Ahmad Danial telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun

Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.

Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Jnazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana. Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga..

Khabar duk4 itu turut disampaikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kans3r (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi. Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati dan mengucapkan t4kziah buat keluarga 4llahyarham.

Sebelum ini, bapa Ahmad Danial memberitau dirinya merasa bangga apabila melihat anaknya mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama pada 5 Oktober lepas.

Menurut Ahmad Suhairi Ali, 33, walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.

Ahmad Suhairi memberitahu, Danial memang teringin untuk menjadi seorang anggota bomba. Malah, setiap kali dia melihat jentera pasukan beruniform tersebut, pasti dia akan teruja. Ahmad Suhairi juga berharap perkara ini menjadi kenangan yang paling manis buat anaknya itu.

“Danial (panggilan Ahmad Danial) memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.”

“Saya harap ini menjadi kenangan paling manis untuk anak dan berterima kasih kepada semua yang menjayakannya,” katanya.

Ahmad Danial dikesan menghidap penyakit itu pada bulan Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.

“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kans3r otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.”

T4kziah diucapkan buat Ahmad Suhari sekeluarga dan semoga segala urusan dipermudahkan.

 

SUMBER

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaika ,Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial,Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*