‘Kak Long Derh4ka Pada Abah Dan Makk.. Suami Tak Izin Jumpa Ayah Sampai Hujung Nyaw4..Ampunkan Kak Long!’ – Rakaman Pengakuan Amelina

Ratu Dangdut, Amelina baru-baru ini berkongsi mengenai situasi melanda dirinya selepas tiba-tiba hilang dari dunia seni kerana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, pada ketika itu.

Penyanyi Janda Anak Enam itu meluahkan rasa menerusi salah satu program Di Balik Idola, beberapa hari lalu.

Panjang lebar bercerita, Amelina yang sinonim disapa Along antara lain akhirnya buka kisah fasa dirinya saat mendirikan rumah tangga sekitar 19 tahun lalu.

“Biasalah dalam kehidupan kita, akan lalui satu fasa peribadi. Sampai suatu saat, fasa saya berumah tangga. Menghorm4ti ibu bapa, restu mereka amat penting.

Sampai suatu tahap saya derh4ka, pada Mak dan Abah.

“Drhaka tu sampai satu tahap saya cakap aku dah bagi semua, kesenangan pada mak bapa aku. Apa lagi? Aku bukan derh4ka…Tapi sebenarnya, drhaka itu apabila kita buat mereka rasa tersinggung di dalam hati. Saya berkahwin tapi tanpa restu.

“Tanpa restu bapa, permulaan dah nampak dah, tiada kebahagiaan,” antara yang dikongsi Amelina dengan linangan air mata seperti yang diambil menerusi sedutan Di Balik Idola.

Malah, Amelina turut mengakui pada ketika itu, dia seorang isteri yang taat.

“Saya taat kepada suami. Apa yang diperkatakan saya kena dengar walau bapa sakiit saya tak balik dan tak boleh balik.

Saya pernah menahan hati bila bapa sakiit, saya tak dapat balik dengan alasan yang macam tak payah balik.

‘Sayaa derh4kka pada Mak dan Abah..!’ – Rakaman pengakuan Amelina

“Kita kena minta izin, kalau suami tak izinkan, rasanya boleh balik tak?,” kongsinya lagi. Pada masa sama, adiknya Angah Hanafi turut berkongsi rasa sama pada program berkenaan.

“Selepas Kak Long tiada, saya anak kedua menjadi tempah meluahkan perasaan Abah. Kadang-kadan kalau saya balik urusan kerja dia pasti tanya mengenai Amelina meski tengah sakiit.

Saya hanya mampu sedapkan hati dengan kata masih mencuba cari,” kata Angah.

“Saya mengadu pada Allah. Pernah saya doa selagi belum dapat aku sujud kaki Abah aku, kau janganlah ambil ny4wa ni ya Allah.

Tepat 10 tahun, ada satu hari saya sujud pada kaki, saya cakap ampunkan saya,” jelas Amelina yang turut menjelaskan situasi yang dialami saat mengetahui bapanya telah pergi dijemput ilahi.

Video penuh

Menyifatkan kehidupan perlu diteruskan, Amelina turut mengakui di balik senyum seorang selebriti terselit 1001 rasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : jiwangmedia.net

Be the first to comment on "‘Kak Long Derh4ka Pada Abah Dan Makk.. Suami Tak Izin Jumpa Ayah Sampai Hujung Nyaw4..Ampunkan Kak Long!’ – Rakaman Pengakuan Amelina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*