[VIDEO] Netizen Kesal Dan Luah Rasa Kurang Senang,Bekas Kumpulan Sepahtu,Mamat Buat Lawak Tak Tak Kena Tempat?

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Warna. Menariknya musim terbaru kali ini menampilkan para pelawak dari 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Antaranya adalah Bocey, Stone, Rare, Rojak, Rahmet dan ramai lagi selama 11 minggu yang akan dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

 

 

Pelawak legend masuk MLM 2019

Dan malam tadi, beberapa wakil kumpulan MLM 2019 iaitu Mamat, Azlee, Khir Rahman dan PakYa telah dijemput ke set MeleTOP sebagai tetamu jemputan untuk mempromosikan pertandingan komedi tersebut. Antara yang dibualkan bersama hos Nabil dan Neelofa adalah mengenai tarikan terbaru dalam rancangan berkenaan.

Ye..ye..meninggaI ke?

Namun, kehadiran Mamat sepanjang sesi tersebut telah mendatangkan rasa kurang senang ramai apabila dia seperti tidak sensitif dengan isu pemergian seorang ahli kumpulan 4U2C iaitu One II selepas dimaklumkan oleh Nabil.

 

 

Formula tu apa? Dah tu je?

Ditambah pula, Mamat dilihat kerap ‘menyampuk’ untuk menjawab apabila hos bertanyakan soalan kepada pelawak lain dan mempersendakan soalan yang diajukan oleh Neelofa. Sebelum mengakhiri segmen berkenaan, Mamat memotong percakapan Nabil.

 

Nampak kurang ajar, lawak tak kena tempat

Perkara itu turut diakui oleh para netizen lalu membanjiri komen mereka di laman YouTube MeleTOP. Mereka berpendapat bahawa tindakan Mamat yang kurang sensitif dengan berita pemergian ahli kumpulan 4U2C itu sebagai kurang ajar kerana melawak tidak kena tempat.

Chill lah..maybe dia dah lama tak kat pentas bagilah ruang

Tidak kurang juga, ada netizen ‘back up’ Mamat kerana dia sudah lama tidak muncul di pentas pertandingan besar seperti pelawak lain. Malah netizen tersebut berharap orang lain tidak mengutuknya terlalu awal dan beri ruang kepada Mamat untuk kembali menyerlah.

 

 

Sumber : YouTube MeleTOP

Be the first to comment on "[VIDEO] Netizen Kesal Dan Luah Rasa Kurang Senang,Bekas Kumpulan Sepahtu,Mamat Buat Lawak Tak Tak Kena Tempat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*