Model Cantik Ini Dikec4m Netizen Gara-Gara Mahu Tularkan ‘Cabin Crew’ AirAsia,Rupa Rupa Nya Ini Punca Yang Tak Disangka Sangka

Tak bermakna kalau kita ni somebody tu, kita ada hak nak besar kepala depan pekerja-pekerja yang sedang berkhidmat untuk kita, lebih-lebih lagi kalau mereka tengah buat kerja mereka.

Tindakan peserta “Miss Malaysia International” , Sabee Chin ni agak keterlaluan di mata netizen. Cubaannya nak viralkan sebab b3ngang dengan kakitangan Air Asia ibarat meludah kelangit apabila dia sendiri dik3cam t3ruk.

4muk sebab tak dapat masuk toilet masa pesawat nak mendarat

Beberapa hari lepas, Sabee ada muat naik status di Facebooknya serta video dia m4rah staff AirAsia kerana cabin crew enggan membenarkannya untuk menggunakan tandas semasa pesawat nak mendarat.

Memetik laporan World Of Buzz, dia ada minta keizinan pramugara/pramugari yang bertugas untuk menggunakan tandas.

Tetapi pemintaan itu ditolak dengan cara sopan oleh cabin crew yang menjalankan tugas. Ia tak dapat digunakan kerana tandas tersebut ditutup. Dia kemudiannya diarahkan untuk duduk semula ke tempatnya.

Kalau diikutkan memang penumpang tak dibenarkan menggunakan tandas kalau pesawat nak mendarat kan? Tapi Sabee pergi tanya lagi nak gunakan toilet.

Bagaimanapun pertanyaan kali kedua tidak dilayan oleh pramugara/pramugari yang bertugas sebab mereka dah pun menjelaskannya sebelum ni. Bukan Sabee sorang je yang kena, penumpang lain juga diarahkan untuk duduk.

Disebabkan model itu b3ngang sebab pertanyaan dia tak dilayan, dia meng4muk dalam flight dan mula makii hamun flight attendant tu, dia sampai masuk ke ruangan peribadi kakitangan dan s3rang staff itu dengan menunjal muka pakai handphone dekat pramugari tu beberapa kali.

Dia siap gertak yang dia nak ajukan complain kepada bahagian perkhidmatan pelanggan AirAisa. Sejurus sahaja mendarat, SaBee terus ambil video staff-staff tersebut sambil melakukan kekecohan terhadap kakikatangan yang bertugas tu.

Bagaimanapun kakitangan tersebut tetap tenang dan terus melakukan pekerjaannya, sejurus sahaja video dan status itu dimuat naik, Sabee menerima bermacam-macam jenis k3caman dan t0hmahan oleh warganet.

Dia dih3ntam kerana menimbulkan kekecohan terhadap kakitangan AirAsia yang melakukan kerja mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Model memang tak ada otak – Netizen

Ekoran dengan k3caman itu, Sabee telah memadam status tersebut. Hurm dugaan orang kerja penerbangan ni, kena hadap perangai penumpang.

Apa pun tahniah buat staff yang bertugas kerana bersikap profesional dalam mengendalikan ket3gangan yang berlaku.

 

View this post on Instagram

早安 杭州😘

A post shared by 陈舒頤🐵13 (@sabee996) on

Sumber: lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Model Cantik Ini Dikec4m Netizen Gara-Gara Mahu Tularkan ‘Cabin Crew’ AirAsia,Rupa Rupa Nya Ini Punca Yang Tak Disangka Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*