Warga Asing Meracau Gegar Pintu Pukul Satu Pagi

Kadang kala aduan yang diterima membabitkan warga asing yang berniaga terdapat segelintir masyarakat kita apabila melihat warga asing yang berniaga, terus dikatakan pendatang tanpa izin tidak diambil tindakan, sedangkan bila kami membuat semakan mereka ini sebenarnya berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ramai yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan mereka boleh menjalankan perniagaan dengan menggunakan lesen atas nama isteri suami warga tempatan itu.

Lambakan pendatang asing ke negara ini untuk mencari rezeki tidak mampu dibendung lagi. Walaupun ramai yang ikhlas ke sini untuk menyara hidup dan keluarga, namun ada yang mula menunjukkan belang masing-masing sehingga mengancam keselamatan warga tempatan.

Video berdurasi 2 minit 20 saat dimuatnaik pengguna Twitter Daniel Mokhtar yang menunjukkan lelaki Bangladesh terbabit dilihat seperti cuba memasuki rumah yang dikunci grillnya. Kelakuan biadap lelaki itu bagaimanapun diperhatikan pengawal keselamatan rumah flat berkenaan dan seorang perakam video.

Satu rakaman video pendek semalam viral di Twitter mengenai kebiadapan seorang warga asing dipercayai rakyat Bangladesh terhadap orang kita.Menurut Daniel, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin apabila dia terdengar suara perempuan menjerit meminta pertolongan. Menyangka hanya suara pergaduhan, suara berkenaan semakin lama semakin kuat didengarinya.

Apabila keluar dari rumahnya, individu itu melihat lelaki Bangladesh terbabit sedang berpaut di grill pintu rumah wanita terbabit. Penghuni wanita tersebut kedengaran ketakutan dan meminta pertolongan daripada pengawal yang berada diluar.

Setelah itu, warga asing berkenaan dilihat dipaksa meninggalkan tempat kejadian. Meskipun menunjukkan perbuatan kurang siuman seperti di bawah pengaruh alkohol, namun menurut pengguna Twitter terbabit, dia tidak menghidu sebarang bau minuman keras.

Jabatan Imigresen menolak kemasukan kira-kira 30,000 warga asing kerana tidak memenuhi syarat untuk masuk ke Malaysia, antaranya pelancong dan pekerja asing yang tidak dituntut oleh majikan.

Bilangan mereka yang diberi notis penolakan kemasukan itu adalah bagi tempoh Januari hingga 10 September lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata paling tinggi yang tidak dibenar masuk dan diarah pulang semula ialah rakyat Indonesia, Bangladesh dan China walaupun mereka datang dengan pas yang sah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber: Daniel Mokhtar Via OhBulan

Be the first to comment on "Warga Asing Meracau Gegar Pintu Pukul Satu Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*