Setelah Menerima Pandangan Orang Ramai Fizo Omar Buat Satu Keputusan Yang Tidak Disangka-Sangka

Bila masuk topik kos pencraiann ni, terdapat banyak kos yang terlibat sehingga susah untuk buat anggaran. Contohnya, jumlah permohonan petisyen penceraian yang difailkan, pemilihan peguam, tempoh prosiding mahkamah, jenis kes dan sebagainya akan menjejaskan kos yang perlu ditanggung oleh pasangan.

Terdapat dua jenis bantuan/nafkah asas: belanja sara hidup anak-anak dan belanja sara hidup pasangan. Selalunya, bantuan ni akan ditanggung oleh si suami. Walau bagaimanapun, jumlah bantuan belanja sara hidup yang diberikan tak ditetapkan.

Setelah mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen (FMK) bakal menamatkan operasi pada hujung bulan ini, pelakon Fizo Omar menerima banyak komen memintanya untuk membuat penjenamaan semula.

Menurut Fizo, 34, permintaan itu membuatkan dia berfikir untuk menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin membeli dan mengambil alih perniagaan itu dengan menggunakan nama baharu.

“Selepas kita buat pengumuman untuk tamatkan operasi, saya terima beribu komen yang membuatkan saya terfikir sesuatu. Rata-rata pelanggan meminta saya buat penjenamaan semula. Komen-komen itu membuatkan saya tersentuh hati, ada yang tanya selepas ini nak makan tomyam, daging bakar dekat mana. Semua resepi saya sendiri belajar di Thailand.

“Saya faham, pelanggan akan rindu sebab itu saya terfikir untuk menawarkan kepada sesiapa untuk mengambil alih tanpa menggunakan jenama yang sama tapi guna nama baru. Sambung kontrak dan semua barang yang sedia ada diberikan sekali. Memikirkan pelanggan untuk menikmati menu yang sama, jadi saya bersetuju dan tiada masalah untuk beri resepi serta ilmu kepada pengurusan baru,” katanya.

Fizo berkongsi perkara tersebut menerusi IGTV di Instagram baru-baru ini selepas menerima maklum balas daripada pelanggan setianya mengenai penutupan restoran yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim. Pada 11 Oktober lalu, Fizo memberitahu keputusan itu dicapai setelah mereka mengadakan perbincangan dan penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

“Segala resepi, saya akan beri panduan dan latih sesiapa yang berminat. Saya fikirkan pelanggan boleh pergi ke restauran baru tapi menu dan rasa yang sama. Untuk sesiapa yang berminat, boleh bincang harga dan segalanya. Saya harap dapat menggembirakan pelanggan setia,” ujarnya.

Dalam pada itu, tujuan Fizo ingin memberikan peluang kepada usahawan yang ingin mengambil alih perniagaan yang diusahakan selama empat tahun itu untuk mengembirkan hati pelanggan setia mereka. Sebelum ini, Fizo dan Mawar Abdul Karim bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Pasangan itu berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

“Banyak kenangan dan usaha yang kami lakukan seperti wang ringgit yang telah dilaburkan, tapi mungkin itu yang terbaik,” katanya sebak. Fizo bagaimanapun akur dengan keputusan yang dibuat bersama untuk menutup restoran yang menyajikan pelbagai hidangan panas Thai.

“Saya minta maaf kepada mereka khususnya pelanggan dan rakan selebriti yang datang ke restoran kami setiap minggu. Saya tahu ramai yang terkejut dan ada juga yang tak boleh terima kenyataan. Tapi Alhamduliilah restoran kami dapat berkongsi rezeki dengan 100 orang pekerja,” akurnya yang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan majlis bersama peminat dan pelanggan bersempena penutupan operasi restoran tersebut.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini juga memohon maaf khusus kepada para pelanggan dan rakan selebriti yang tidak putus-putus menikmati makanan di restoran itu.

Perc3raiann ni adalah topik yang jarang orang bincangkan, tapi ia masih berlaku dan boleh jejaskan kewangan korang. Daripada yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk memfailkan penceraian.

Kredit: Mstaronline

Be the first to comment on "Setelah Menerima Pandangan Orang Ramai Fizo Omar Buat Satu Keputusan Yang Tidak Disangka-Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*