Dakwa Doktor Pukvl Isteri Dan Bapa Mentua Dikatakan Tidak Waras,Makamah Mengeluarkan Kenyataan Terkini Tentang Hal Itu

Sebulan yang lalu, viral di media sosial tentang perilaku keji seorang doktor yang bertindak memukul bekas isteri dan bapa mentuanya sehingga cedera di tempat awam. Perkara itu telah didedahkan seorang teman rapat kepada wanita tersebut dan mendapat perhatian rata-rata netizen.

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian, laporan kesihatan mengenai doktor tersebut mendapati dirinya berada dalam keadaan yang waras ketika melakukan perilaku tersebut.

Sedar perbuatan yang dilakukan salah

Selepas viral di media sosial mengenai pergaduhan tersebut, tertuduh telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut. Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.

Tertuduh turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan sebelum diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah, tertuduh menghidap ‘bipolar disorder’ (kecelaruan efektif).

Mengikut laporan kesihatan yang diperoleh selepas tertuduh diarahkan menjalani pemeriksaan selama sebulan oleh mahkamah, tertuduh didapati berada dalam keadaan yang sedar dan mengetahui perbuatan yang dilakukan itu salah di sisi undang-undang dan tertuduh mampu hadir ke mahkamah untuk membela dirinya.

Dilarang mendekati saksi dan mangsa

Rakaman kejadian

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian kiri atas kepala bekas isterinya dengan menggunakan telefon bimbit dan mendatangkan kecederaan di dahi bapa mentuanya.

Kesalahan pertama tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Manakala kesalahan kedua, tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan. Peguam tertuduh, Adenan Ismail memohon wang jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan. Pihak Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diminta hadir ke balai polis setiap bulan dan tidak mendekati saksi dan mangsa sehingga kes selesai. Tarikh semula sebutan kes ditetapkan pada 21 November.

Sumber: Sinar Harian & Youtube

Kredit: OH BULAN

Be the first to comment on "Dakwa Doktor Pukvl Isteri Dan Bapa Mentua Dikatakan Tidak Waras,Makamah Mengeluarkan Kenyataan Terkini Tentang Hal Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*