Hanya Sebab Satu Retweet Ini, Tunku Azizah Dikatakan Ras1s. Ini Jawapan Tunku Azizah Sebab Kenapa Dia Retweet

Pengguna Twitter pastinya sedia maklum Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah rajin berkongsi aktiviti hariannya di laman sosial itu. Satu tweet yang dikongsi semula Tunku Azizah bagaimanapun membuatkan ada segelintir netizen mula melabelnya sebagai bersifat perkauman.

Tunku Azizah kemudiannya menjawab dakwaan tersebut kepada untuk menjernihkan keadaan.

RT tweet protes UM

Tunku Azizah dilihat ada me-retweet satu pos daripada individu dikenali Tun Faisal berhubung kes graduan Universiti Malaya yang bikin kecoh ketika majlis konvokesyennya baru-baru ini. Individu itu melabel ‘bangsa DAP’ merujuk kepada bangsa Cina sebagai ‘biadap’ dan ‘kurang ajar’.

Semua Adalah Salah Faham Sahaja 

Tunku Azizah kemudiannya menegaskan beliau tidak bersifat perkauman atau berunsur politik setelah tindakannya itu dikritik seperti serangan kepada bangsa Cina.

Dalam beberapa tweet yang sudah dipadamkan, Tunku Azizah bertitah beliau mengongsi semula tweet berkenaan kerana tidak bersetuju dengan protes dilakukan garduan UM terbabit.

Mungkin ramai salah faham, saya retweet sebab tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dibuat pada acara rasmi. Ianya tidak patut dan tidak menghormati majlis. Saya tak racist atau berpolitik. Dia tidak patut buat di majlis konvokesyen, macam tak hormat. Tak patut berlaku.

RETWEET DITARIK BALIK

Tunku Azizah kemudiannya telah menarik balik RT berkenaan dan menjelaskan dalam pos berasingan berkenaan perasaannya berkait protes tersebut.

Kalau kita buat perangai dengan cikgu-cikgu di sekolah pun kita akan diletakkan di kelas tahanan dan guru besar akan melaporkan kepada ibu bapa, kan? Sebabnya kita diajar untuk hormat-menghormati. Rukun Negara ke 5 pun ada kesopanan dan kesusilaan.

Sumber: Tunku AminahMalayMail

Kredit: OH BULAN

Be the first to comment on "Hanya Sebab Satu Retweet Ini, Tunku Azizah Dikatakan Ras1s. Ini Jawapan Tunku Azizah Sebab Kenapa Dia Retweet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*