Lagi Rider F00d Panda Kena Langg4r Lari. Dari Rakaman Memang Agak Kur4ng Aj4r Pemandu Kereta Jenama ‘H’ Ini

Satu video tular di media sosial di mana seorang penunggang motorsikal penghantar makanan terlibat dalam satu kemalangan langgar lari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan video tersebut, kereta berwarna putih tersebut melanggar dan merempuh dari belakang ketika sedang bertugas menghantar makanan.

Namun, dalam video kamera depan kereta saksi berkenaan, kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terus memecut kenderaannya ke arah jalan dan membiarkan mangsa ‘tergolek’ di jalan bersendirian.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN 

Maklumat pemandu telah diperolehi berdasarkan nombor plate kereta Honda tersebut.

Rata rata memang semua tidak berpuas hati. Dari maklumat yang kami perolehi, lelaki yang memandu kereta Honda tersebut telah pun menutup akaun Facebook malam tadi. Rasanya ramai yang mula menyerang akaun tersebut.

Setakat ini tiada apa apa laporan rasmi dari pihak PDRM dan tiada maklumat terkini samada mangsa atau lelaki memandu kereta tersebut membuat laporan polis.

Ini bukan kejadian pertama dan rasanya tahun ini sahaja sudah beberapa kali insiden kita dengar yang melibatkan penghantar makanan.

Diharap semua berhati hati di jalan raya.

Maaf kami tidak dapat siarkan maklumat tentang pemandu tersebut tetapi jika cari di facebook pasti anda akan jumpa siapa sebenarnya pemandu tersebut.

Sumber: Siakap Keli

Edited: Viddy Media

Be the first to comment on "Lagi Rider F00d Panda Kena Langg4r Lari. Dari Rakaman Memang Agak Kur4ng Aj4r Pemandu Kereta Jenama ‘H’ Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*