Adam Corrie Dikejarkan Ke Hospital Menaiki Ambulance Ditemani Isteri Dan Anak Nya,Ini Yang Telah Terjadi Kepada Adam Corrie

Pelakon Adam Corrie Lee memuat naik foto di Instagram menunjukkan keadaannya yang dimasukan ke hospital semenjak semalam.

Difahamkan, Adam dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans semalam.

Kini, pelakon KL Gangster itu memaklumkan dirinya sudah boleh bangun dan menunjukkan perkembangan positif.

“Terima kasih @adamfatehlee & bidadariku @puan_fazi_fuad jaga abah.. teman abah dalam ambulance dan di hospital dari semalam.

“Terima kasih team production @opyglobalpictures drama #Penunggu yang bantu uruskan saya ke hospital. Empat orang kena masuk wad semalam termasuk saya.

“Petang ni baru boleh bangun duduk. Alhamdulillah,” tulisnya dalam kapsyen.

Menerusi entri tersebut Adam memuat naik fotonya di hospital bersama anak lelakinya Adam Fateh Lee, 1.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia segera sembuh.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Punca Adam Corrie Dikejarkan Kehospital Bersama 3 Rakan Lagi

Komen Netizen Mendoakan Agar Adam Sembuh

@azlankomeng – Syafakallah….. Sakit apa tu sahabat.@!

@fakhrulunic – Cepat sembuh bang..syafakallah

@yatthamzah_suci – Abg..awat tuu..take care n syafakallah.. hi fateh

Semoga saudara Adam Corrie diberikan kesihatan dan segala urusan dipermudahkan. Insyallah ..

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Adam Corrie Dikejarkan Ke Hospital Menaiki Ambulance Ditemani Isteri Dan Anak Nya,Ini Yang Telah Terjadi Kepada Adam Corrie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*