Setelah lama berdiam diri, akhirnya Datin Seri Nurshahida kongsi sesuatu yang mengejutkan warganet.

“Dulu Saya Suka Buat Benda Tu !! Saya Buat Sampai Dah Ada Anak 2 Orang, Tapi Lama-Lama Saya Tak Buat Lagi Sebab…,” – Datin Seri Nurshahida Kongsi Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu

Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi di Instagram mengenai dirinya yang sering ditanya warganet mengenai masalah kehidupan di media sosial. Malah katanya, ada lagi insan yang lebih hebat dugaan berbanding dirinya.

“Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing, kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi. Sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga. rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya.

“Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini….saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang……tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa?

“Sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidup,” tulisnya. Lalu, usahawan ini turut berkongsi tips untuk bahagia iaitu hanya mengingati perkara yang indah-indah sahaja. Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk….ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat. “Walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi.

Foto: Instagram Shahida

Sumber : Media Hiburan

Artikel berkaita : Aliff Syukri dihentam teruk lepas muat naik satu posting seperti buka aib isteri sampai ada yang nak boikot produknya. Akhirnya Datin Shahida tampil beri komen pedas buat Alif Syukri.
Baru baru ini muncul satu kontroversi dimana warganet mula buat spekulasi bahawa perkahwinan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida dalam keadaan tegang. Perkara ini jelas terjadi semenjak Datin Shahida pulang dari menunaikan Haji tempoh hari. Ramai warganet perasan sejak dari itu, Dato Aliff Syukri tidak bergambar dengan Datin Shahida malahan isteri Dato Aliff Syukri sudah tidak muncul di dalam mana mana video. Mari baca apa kisah terbaru tentang mereka.

Aliff Syukri Edit Komen Instagram

Luahan di entri terbaru bersama paparan foto tanpa si isteri, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya kini mengalami kesulitan. Kata-kata pertama yang tersiar menyatakan Datin Seri Shahida seakan tidak menghargai penat lelah yang dilakukannya demi keluarga, namun diolah semula menjelaskan ada kalanya lebih baik sendiri namun bahagia.

“Merekalah segalanya…Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia,” tulisnya. Datin Shahida bagaimanapun memberi reaksi di ruang komen mempersoal tindakan Aliff mengolah kembali kapsyen yang ditulis. “Kenapa edit caption? biarlah 1 malaysia baca,” tulis wanita itu.

Komen Datin Shahida..

Warganet turut memberikan reaksi yang rata-rata terkesan dengan pertelingkahan pasangan ini. Malah kebanyakannya juga tidak bersetuju dengan luahan yang dibuat usahawan kosmetik itu. Terdahulu, penyanyi Bobo Di Mana ini turut memuat naik entri mempersoal mengapa bahagia terlalu mahal untuk dimiliki.

“Knp bahgia itu terlalu mahal utk di miliki?? “Hidup ini.. mcm kaca. Saat terpecah, boleh di baiki…tpi masih nmpak retaknya.. doakan yg terbaik.. “(souncheck belum real dan auto tune) Lagu ini abang tuliskan iklas daripada isi hati abang..Macam mana korang dapat rasa tak apa yang abang rasa??

Dan ada tak penambah baikan suara abang kalau korang rasa suara abang sedap daripada yang sebelum ini cuba korang komen di ruangan komen di bawahdan tag kawan korang yg lagi disakiti… comingsoon ” by @datuentertainment,” jelasnya.

Be the first to comment on "Setelah lama berdiam diri, akhirnya Datin Seri Nurshahida kongsi sesuatu yang mengejutkan warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*