“Ringkas Tapi Comel” Suami Kaka Azraff Dedah Nama Anak Sulung Mereka, Mendapat Pelbagai Reaksi Dan Pujian Dari Peminat, Rata-Ratanya Memuji Kecomelan Anak Kepada Pasangan Ini

Suami kepada penyanyi Kaka Azraff, Adam Azriff telah mendedahkan nama yang diberi kepada anak sulung mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh Adam menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya. Aslan bin Adam nama diberi. Comel!

Pengumuman nama anak Kaka dan Adam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Aslan.

Ada juga yang mendoakan kesihatan anaknya dan berharap agar Aslan menjadi seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya.

View this post on Instagram

To my love, please know that i'll always be by your side and I am already so proud of you❤️ To my little cub, daddy can't wait to meet you and do fun things that mommy might be mad about in the future🦁 To my family and friends, please pray for my wife to have a smooth delivery and my baby to be strong and healthy, physically and mentally 🙏🏻

A post shared by Adam Azriff (@helloadamazriff) on

Kaka telah selamat melahirkan Aslan pada Jumaat lalu di sebuah hospital swasta. Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Sumber : Gempak

Foto: IG Kaka Azraff & Adam Azriff

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Terdahulu….

Kaka Azraff sambut kelahiran putera pertama

SELEPAS pelakon Elfira Loy selamat menyambut kelahiran putera pertamanya beberapa minggu lalu.

Kini giliran buat penyanyi, Kaka Azraff berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya bersama suami, Adam Azriff.

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, telah selamat melahirkan anak lelaki pertama pada jam 2.14 petang, pada Jumaat.

Melalui postingnya di Instagram, dia menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan bayinya sepanjang kehamilan anak pertama ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Hal Aku, telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

Sudah tentu, ruangan komennya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.

Tahniah daripada Astro AWANI.

Be the first to comment on "“Ringkas Tapi Comel” Suami Kaka Azraff Dedah Nama Anak Sulung Mereka, Mendapat Pelbagai Reaksi Dan Pujian Dari Peminat, Rata-Ratanya Memuji Kecomelan Anak Kepada Pasangan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*