Ungku Ismail Redha Apabila Erra Fazira Memilih Shahir Zawawi

Apa yang dimaksud dengan kerjasama (cooperation)? Pengertian kerjasama adalah sebuah usaha yang dilakukan oleh beberapa orang atau kelompok untuk mencapai tujuan bersama.

Kerjasama biasanya terjadi ketika individu-individu yang bersangkutan mempunyai kepentingan dan kesedaran yang sama untuk bekerjasama untuk mencapai tujuan dan kepentingan bersama.

Pelakon Ungku Ismail meluahkan rasa kesal apabila tidak dapat bekerjasama dengan Erra Fazira dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi itu berjudul Menangkah Cinta. Menurut pemilik Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 34, tiada istilah dia menarik diri namun salah satu tarikh yang diberikan untuk jalani penggambaran video klip itu bercanggah dengan jadualnya.

“Tapi memang tak boleh sebab mereka dah tentukan hari itu saja. Kalau bukan sebab itu, memang saya setuju dah,” kata Ungku Ismail kepada mStar.

Ungku ditemui ketika sidang media pelancaran Anugerah Skrin 2019 yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc KL, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Tak mungkin saya tarik diri kalau dah Erra Fazira, sudah tentu la memang saya nak sangat berlakon dengan dia tapi disebabkan tarikh penggambaran itu bercanggah dengan jadual saya. “Penggambaran itu mereka nak buat hari Sabtu dan Rabu. Sabtu saya okey tapi Rabu saja yang tak boleh tapi saya ada mesej bertanyakan untuk tukar hari lain.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Aku Yang Kau Tinggalkan ini memberitahu dia hanya mengetahui bahawa Shahir menjadi penggantinya selepas menonton video muzik itu yang dilancarkan pada 9 Oktober lalu.

Sebelum ini, Erra memberitahu Ungku Ismail sepatutnya berlakon dengannya untuk video klip Menangkah Cinta namun berlaku perubahan disaat akhir dan pelakon Shahir menjadi pilihan.

Bagaimanapun, Ungku Ismail menganggap pemilihan Shahir itu adalah ketentuan Allah dan dia juga berharap dapat peluang bekerjasama lagi dengan Erra Fazira.

“Saya tahu Shahir berlakon dalam video itu selepas menontonnya pada hari dilancarkan. Mungkin sudah ketentuanNya. Tapi saya harap selepas ni dapat peluang untuk berlakon dengan Erra.

“Apa saja untuk Erra sebab saya suka sangat bekerja dengan dia. Bagi saya, dia antara orang lama dan dapat bertahan dalam industri sehingga kini. Saya pernah bercinta dan berkahwin dengan dia dalam drama, sudah tentu saya nak lagi,” ujarnya.

Kehadiran penyanyi Shahir Zawawi dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Menangkah Cinta bukan untuk dijadikan sebagai gimik murahan. Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, pemilihan Shahir dibuat selepas perbincangan dan kata sepakat semua pihak.

Kredit:Mstar

Be the first to comment on "Ungku Ismail Redha Apabila Erra Fazira Memilih Shahir Zawawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*