Aliff Syukri Kemaskini Status Satu Posting Nya Di IG,Mengejutkan Tiba Tiba Datin Shahida Masuk Dan Apa Yang Isteri Beliau Komen Selepas Itu Memang Tak Di Sangka..

Baru baru ini muncul satu kontroversi dimana netizen mula buat spekulasi bahawa perkahwinan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida dalam keadaan tegang.

Perkara ini jelas terjadi semenjak Datin Shahida pulang dari menunaikan Haji tempoh hari.

Ramai netizen perasan sejak dari itu, Dato Aliff Syukri tidak bergambar dengan Datin Shahida malahan isteri Dato Aliff Syukri sudah tidak muncul di dalam mana mana video. Mari baca apa kisah terbaru tentang mereka.

Aliff Syukri Edit Komen Instagram

Luahan di entri terbaru bersama paparan foto tanpa si isteri, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya kini mengalami kesulitan.

Kata-kata pertama yang tersiar menyatakan Datin Seri Shahida seakan tidak menghargai penat lelah yang dilakukannya demi keluarga, namun diolah semula menjelaskan ada kalanya lebih baik sendiri namun bahagia.

Merekalah segalanya…Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia,” tulisnya.

Komen Datin Shahida..

Datin Shahida bagaimanapun memberi reaksi di ruang komen mempersoal tindakan Aliff mengolah kembali kapsyen yang ditulis.

“Kenapa edit caption? biarlah 1 malaysia baca,” tulis wanita itu.

Netizen turut memberikan reaksi yang rata-rata terkesan dengan pertelingkahan pasangan ini.

Malah kebanyakannya juga tidak bersetuju dengan luahan yang dibuat usahawan kosmetik itu.

Terdahulu, penyanyi Bobo Di Mana ini turut memuat naik entri mempersoal mengapa bahagia terlalu mahal untuk dimiliki.

“Knp bahgia itu terlalu mahal utk di miliki??

“Hidup ini.. mcm kaca. Saat terpecah, boleh di baiki…tpi masih nmpak retaknya.. doakan yg terbaik..

“(souncheck belum real dan auto tune) Lagu ini abang tuliskan iklas daripada isi hati abang..Macam mana korang dapat rasa tak apa yang abang rasa??

Dan ada tak penambah baikan suara abang kalau korang rasa suara abang sedap daripada yang sebelum ini cuba korang komen di ruangan komen di bawahdan tag kawan korang yg lagi disakiti… comingsoon ” by @datuentertainment,” jelasnya.

Sumber: Awatsheikhh

Kita doakan agar Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida dapat selesaikan masalah mereka. 

Be the first to comment on "Aliff Syukri Kemaskini Status Satu Posting Nya Di IG,Mengejutkan Tiba Tiba Datin Shahida Masuk Dan Apa Yang Isteri Beliau Komen Selepas Itu Memang Tak Di Sangka.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*