Heboh Diperkatakan Bekas Suami Lufya Ini Hanya Lah Doktor Biasa Biasa Je!! Che Hafiz Tampil Buka Mulut,Ini Respond Tentang Kenyataan “Doktor Biasa Biasa” Tersebut

Suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz menjelaskan bukan caranya untuk membuka aib atau memburukkan mana-mana individu.

Menurut Hafiz, dia sebaliknya akan mengikut saluran yang betul demi menjaga hati ramai pihak.
Perkara itu dikongsi Hafiz menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

Jelasnya, dia juga tetap bersyukur walaupun ada sesetengah pihak melabelkan dirinya sebagai ‘doktor biasa’.”Ya, memang saya seorang medical officer di sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist, consultant mahupun head of department. Saya juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa.

“Namun, saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang, kudrat serta kekuatan kepada untuk merawat pesakit dengan ikhlas,”katanya.

Tambah Hafiz, dia juga berharap orang ramai tidak terus membuat penilaian sendiri atas apa yang berlaku ketika ini.”Doa yang baik buat kami. Semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.

“Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang,” katanya.

Dibawah adalah kenyataan penuh beliau.

Salam sejahtera..Seperti mana yang telah saya katakan.bukan cara saya untuk membuka aib atau memburukan mana2 pihak. Negara kita ada undang2 dan demi menjaga hati ramai pihak. sy akan ikut saluran dan cara yang betul.

Ini kerana saya mahu selesaikan setiap perkara dengan cara yang terbaik dan lebih professional apatah lagi ia melibatkan personal matter. Sy juga ingin menjelaskan perkara berkenaan statement yg dibuat ke atas saya “Doktor biasa je”.

Yes memang saya Seorang medical officer di salah sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist,consultant mahupun head of department.sy juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa.

Namun saya tetap bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang,kudrat serta kekuatan kepada sy untuk merawat pesakit2 sy dgn ikhlas.sy lebih happy apabila melihat senyuman yg dilempar oleh pesakit terhadap sy setelah kesembuhan yang Allah swt berikan terhadap mereka.

Sy berharap agar semua jgn cepat jump into conclusion malah mendoakan kearah kebaikan buat kami. semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang mana2. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan kekurangan itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Sekian..

Sumber: GEMPAK / IG Chehafiz007

 

Be the first to comment on "Heboh Diperkatakan Bekas Suami Lufya Ini Hanya Lah Doktor Biasa Biasa Je!! Che Hafiz Tampil Buka Mulut,Ini Respond Tentang Kenyataan “Doktor Biasa Biasa” Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*