“Ins1den MemaIukan Tersungkur 3 Kali di pentas…” – Tak Sangka,Ini Kata Kata Neelofa Buat Gadis Tersvngkurr

Pengacara popular Neelofa tampil memberikan kata-kata semangat kepada peserta Dewi Remaja 2019/2020, Farzana Zainul yang berdepan ins1den memaIukan tersungkur di pentas peragaan baru-baru ini.

Kata Neelofa yang juga bekas Dewi Remaja 2009/2010, situasi itu merupakan ironi dalam dunia sebenar bergelar selebriti.

“Kehidupan selepas Dewi Remaja (jika dia memilih untuk berada dalam industri) akan jadi begini.

“Tetapi sekiranya dia terus mengawal situasi dengan penuh bermaruah dan yakin sepertimana dilakukan baru-baru ini, dia akan cemerlang. Selamat maju jaya,” tulis Neelofa menerusi akaun Twitternya.

Dalam insiden terbabit, Farzana tidak semena-mena terjatuh sebanyak tiga kali ketika sesi pengenalan peserta Top 20 Dewi Remaja 2019/2020 kelmarin.

Biarpun tidak terpilih untuk senarai Top 12, Farzana menjelaskan situasi itu disebabkan masalah karpet berlubang.

Susulan kejadian itu, ada segelintir pelayar laman sosial mendakwa ia sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan rancangan itu. Namun, ini penjelasan Farzana.

“Itu bukan dirancang atau strategi pemasaran. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.

“Terima kasih atas kata-kata semangat daripada semua, saya okey cuma lutut saya leb4m,” katanya.

Pencarian pemenang untuk Dewi Remaja Edisi Ke-10 (2019/2020) bakal bermula tidak lama lagi!

Scha Alyahya dipilih sebagai juri tetap bagi bergandingan bersama Yusry Abdul Halim.

Sementara itu, selebriti jelita Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos bagi Dewi Remaja musim terbaru ini.

Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya

GEMPAKK

Be the first to comment on "“Ins1den MemaIukan Tersungkur 3 Kali di pentas…” – Tak Sangka,Ini Kata Kata Neelofa Buat Gadis Tersvngkurr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*