Pelajar Sebuah IPTA Melakukan Pr0tess Di Pentas Utama Semasa Majlis Konvokasyen Selepas Menerima Skr0ll,Akhirnya Tindakan Pelajar Itu Hanya Sia Sia Dan Memakan Diri Sendiri

Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah.

Wong Yan Ke, sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”. Perbuatan seorang graduan yang melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pagi Isnin mengundang kecaman ramai.

Plakard yang dipegang Wong tertera gesaan supaya naib canselor itu meletakkan jawatan dengan mendakwa Abdul Rahman menjadi boneka kepada ahli politik, mencabul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Jelas Wong, mesej yang disampaikan menerusi protes ini adalah dengan menyedarkan bahawa setiap mahasiswa mempunyai hak untuk mengkritik pemimpin yang didapati tidak berkelayakan dan tidak bertanggungjawab.

Sama ada di media sosial atau di luar sana, rata-rata mereka meluahkan rasa marah terhadap tindakan graduan Kejuruteraan Awam itu yang dianggap biadab dan memalukan universiti.

Video berdurasi 14 saat yang tular di Twitter menunjukkan pelajar terbabit yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaung ‘ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad yang tertera perkataan ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima ijazahnya.

Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti tersebut selain didakwa menjadi boneka politik.

Lebih teruk lagi, pelajar itu tidak mengendahkan rakan-rakan lain sedang berjalan di atas pentas untuk mengambil skrol masing-masing.

Sebaik turun dari pentas, dia tidak menerima sokongan sebaliknya di’boo’ oleh seisi dewan yang hadir pada majlis itu. Yan Ke bagaimanapun didengar melaung sesuatu sebagai respons kepada tetamu di dalam dewan.

“By the way saya rasa terkilan for a few seconds tadi masa kat DTC as I am one of the graduates for that session too. Ni memang tak matured and selfish tahap dewa. Kalau dia mengaku dia Malaysian yang setia at least dia hormat istiadat konvoksyen yang mana as Malaysian kita hormat adat dan fahaman masing-masing,” tulis Hafizi Hairy.

“Kita ada medium dan platform untuk menzahirkan tidak setuju terhadap sesuatu. Tapi ini bagi saya memang kurang ajar,” kata Muhammad Fuad.

“Happened during my session tadi. Semua boo dekat dia bodah pekat nak mampus,” kata Shahirah.

Tindakan biadabnya itu turut mendapat perhatian Penggerak Mahasiswa UM yang menggesa agar pihak universiti menarik balik sijil Ijazah Sarjana Muda miliknya.

Malah satu petisyen turut dilancarkan bagi meraih 30,000 sokongan terhadap gesaan tersebut. Petisyen tersebut turut menuntut Yan Ke membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perbuatannya itu.

Sementara itu, UM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

“Kelakuan yang ditunjukkan dalam sebuah istiadat rasmi yang dibuka secara rasminya oleh Tuanku Canselor UM pada sidang pertama pagi Sabtu lalu dan diteruskan dengan perkenaan baginda sehingga sidang terakhir Rabu ini, serta dihadiri tetamu kenamaan, para pensyarah dan para graduan yang diraikan serta ibu bapa mereka tadi adalah biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

“Sehubungan itu, kami kini menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan untuk tindakan lanjut yang sewajarnya diambil,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat UM.

Jelas kenyataan itu lagi, UM mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis.

“Ia juga mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, juga para graduan dan seluruh warga UM.

“Sebagai sebuah universiti yang diiktiraf dunia selaku antara yang terbaik, UM sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara.

“Namun sebagai institusi pengajian tinggi yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul,” katanya.

Beberapa penuntut Universiti Malaya, mengadakan protes balas kepada beberapa pelajar yang melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah baru-baru ini. Wong Yan Ke, sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”. Wong berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Pelajar Sebuah IPTA Melakukan Pr0tess Di Pentas Utama Semasa Majlis Konvokasyen Selepas Menerima Skr0ll,Akhirnya Tindakan Pelajar Itu Hanya Sia Sia Dan Memakan Diri Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*