“Macam Patung” – Terbaru Intan Najuwa Dipeluk Zul Arifin

Dalam hidup ini, kita pasti akan bertemu atau berurusan dengan kaum berlawanan jenis. Kaum wanita memiliki kelebihan dan kemahiran tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki. Begitu juga kaum lelaki yang mempunyai kudrat, tenaga serta kemahiran tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita.

Mudah kata, kedua-dua belah pihak ini saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan.

Selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang 16 tahun lebih tua daripadanya, nama pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai. Ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan.

Sebelum ini Intan dihentam apabila memuat naik gambar didukung oleh Idris Khan, nampaknya pelakon itu sekali lagi dikecam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal.

Meskipun ramai mengetahui gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama Setelah Ku Dimiliki yang akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi, namun ianya menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelakon itu seolah-olah senang disentuh oleh mana-mana lelaki. Tidak kurang ada yang menyindir tunangnya seorang yang pemurah kerana membiarkan Intan diperlakukan sedemikian.

Jika sebelum ini, Intan mempertahankan dirinya dengan membalas komen netizen, namun kali ini tiada komen balas daripada pelakon tersebut. Kalau ikutkan Intan hanya menjayakan watak sahaja dan mungkin tunang pun faham kerjayanya sebagai pelakon.

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

Justeru, rasa tertarik antara lelaki dan wanita itu adalah lumrah serta fitrah semula jadi manusia, kerana ia juga merupakan sebahagian dari proses tumbesaran. Oleh itu, perasaan tersebut haruslah dikawal dengan bijaksana supaya ia tidak membawa ke arah yang buruk dan menghancurkan masa depan remaja itu sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Patung” – Terbaru Intan Najuwa Dipeluk Zul Arifin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*