Haneesya Hanee tidak sanggup lagi berhadapan dengan pandangan kurang elok terhadapnya

Haneesya Hanee sering kali menarik perhatian baru-baru ini dengan apa jua yang dilakukan olehnya. Daripada warna kulitnya yang sering kali jadi sebutan sehingga cara dia bergambar atau bertutur.

Ibunya juga pernah buat kenyataan ingin menyaman kerana teguran yang agak melampau dari netizen terhadap anaknya. Ibu Hanee, Nor Sakuraneeda pernah meminta netizen berhenti mengungkit kisah silam anaknya yang sudah menyesali perbuatan tersebut.

Malah, ibunya pernah berasa sedih dan kecewa apabila Hanee masih menjadi bahan jenaka. Terbaru, Haneesya dikecamm teruk gara-gara viral sekeping foto ‘posing mauut’ dirinya dilihat mengenakan tudung tetapi tampil seksi seakan tidak berpakaian.

Tweet terbaru dari Haneesya seakan-akan dia sudah merajuk dan tidak sanggup lagi berhadapan dengan pandangan kurang elok terhadapnya. Dia menulis “I’m sorry that I’m not a good person. Literally don’t know what I do to you as a person for you to talk bad about me. I’m sorry I’m not perfect. I can’t do this no more. Uninstalling Twitter now. Thanks for everything guys..”.

Orang ramai respon terhadap tweetnya itu mengatakan kata-kata Haneesya itu merupakan kata-kata terakhir artis dari Korea bernama Sulli yang telah bunuhh diri baru-baru ini. Sulli dikatakan manngsa bulisiber sebelum ini dan mengalami masalah depresi yang teruk.

Depresi boleh memengaruhi perasaan, cara berpikir dan perilaku, serta mendapat berbagai masalah emosi dan fisik. Jika rasa sedih berlangsung dalam beberapa hari atau minggu, mengganggu pekerjaan atau kegiatan lain dengan keluarga atau teman, kemungkinan ini adalah depresi.

Diharapkan Haneesya Hanee tabah hadapi ujian sebagai anak seni yang sememangnya mencabar, semoga Hanee tabah lalui liku-liku sebagai artis. Setiap teguran itu merupakan pengajaran untuk kita menjadi insan yang lebih baik, namun teguran yang melampau adalah tidak patut kerana ianya boleh buat seseorang itu alami masalah emosi seperti depresi.

SumberKredit: TwitterHaneesyaHanee

Be the first to comment on "Haneesya Hanee tidak sanggup lagi berhadapan dengan pandangan kurang elok terhadapnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*