Keadaan Terkini Pengarah Popular Mamat Khalid Yang Mengejvtkan Ramai Pihak..Tak Sangka,Ini Yang Mamat Khalid Mintak Sebelum Dia Tidak Menyedarkan Diri

PENGARAH filem terkenal, Mamat Khalid berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad lalu.

Isterinya, Hasmah Hassan berkata, pengarah itu menunjukkan perkembangan positif dan beransur pulih.

“Dia baik-baik saja, sekarang dalam proses pemulihan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pengarah filem Hantu Kak Limah ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada lebihan air dalam badan.

Sementara itu, anak pertamanya, Mohd Khalid Zaffa, 32, berkata, bapanya direhatkan kerana terlalu penat dan mengalami kesukaran untuk tidur.

“Alhamdulillah, bapa saya okay. Sekarang ni dia tengah rest. Dia minta untuk ditidurkan.

“Jangan risau, bapa saya di bawah pemantauan doktor,” ujarnya.

Januari lalu, Mamat atau Mohamad Khalid, 56, pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubahan di Petaling Jaya, akibat masalah sama.

Mamat juga pernah menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah tersumbat berikutan masalah jantung yang dihadapinya tiga tahun lepas.

Sebelum itu,

Mengadu sesak nafas, Mamat Khalid dimasukkan ke hospital

PENGARAH filem terkenal, Mamat Khalid dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada lebihan air dalam badan.

Menurut laporan Berita Harian, anak keempatnya, Mohd Khalid Amen, 23, Mamat meminta untuk dihantar ke hospital selepas mengadu susah untuk bernafas pada pagi Ahad.

“Sebelum saya berangkat ke Bangkok untuk menyiapkan suntingan akhir filem Rock 4, keadaan ayah baik-baik sahaja.

“Cuma dia nampak penat kerana sudah beberapa malam sukar melelapkan mata.

“Pagi tadi saya dimaklumkan dia meminta sepupu menghantarnya ke hospital. Namun, keadaannya stabil dan tekanan darah juga normal,” katanya.

Tambah Amen, keadaan bapanya kini semakin stabil selepas doktor memberikan ubat tidur untuk memboleh dia berehat.

“Buat masa ini dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar.

“Doktor ada memberitahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku, terutama bagi mereka yang menghidap sakit jantung.

“Wayar yang menonjol itu sebenarnya alat penguji tekanan darah. Dia juga bukan koma, sebaliknya ditidurkan bagi membolehkannya mendapat rehat yang cukup,” katanya.

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 56, sebelum ini pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat masalah sama.

Pengarah popular itu juga pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pada April 2017 akibat kepenatan melampau.

Tiga tahun sebelumnya, Mamat pernah menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat berikutan masalah jantung yang dihadapinya.

Sumber Mstar

 

Be the first to comment on "Keadaan Terkini Pengarah Popular Mamat Khalid Yang Mengejvtkan Ramai Pihak..Tak Sangka,Ini Yang Mamat Khalid Mintak Sebelum Dia Tidak Menyedarkan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*