(Video) Orang Gaji Ini Menangis Teresak – Esak Saat Menceritakan Bagaimana Majikan Nya Warga Singapura Melayan Dia Tanpa Belas Kasihan Sehingga Menjadi Tular Di Media Sosial

Pada 4 Oktober yang lalu pengguna facebook, Chun Ming memuat naik video tersebut sehingga mendapat lebih 5,000 share.

Video yang dirakam oleh seorang wanita di lif lobi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (LPP) di Singapura menurut laporan Independent Singapore.

Bibik ini mendedahkan yang dia hanya diberi makan sekali sehari dan akan dimarah jika diminta makanan lebih.

Bibik dari Indonesia yang bernama Castina ini juga mendedahkan yang majikannya tidak membenarkan dia menelefon ahli keluarganya di Indonesia dan mengurungnya di rumah pada hari Ahad supaya dia tidak boleh melarikan diri.

Castina juga akan disimbah air sekiranya tidak bangun pada jam 5 pagi.

“Kalau ada yang jatuh sakit, gaji saya akan ditolak kerana mereka kata saya bawa bakteria,” tambah Castina.

Wanita yang merakam Castina memintanya bersabar dan dia akan menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (KTM) Singapura.

Pada 6 Oktober, KTM menjelaskan yang mereka sedang menyiasat perkara ini. Pada masa yang sama, Castina sudah dibawa keluar dari rumah majikan tersebut dan tinggal di kedutaan Indonesia buat sementara waktu.

Pos asal korang boleh tengok di bawah:

Nm : CastinaAsal :IndramayuKerja di org Melayu Makan 1x sehari Hr minGGu di Sekap😢😢

Posted by Chun Ming on Friday, 4 October 2019

SUMBER

Be the first to comment on "(Video) Orang Gaji Ini Menangis Teresak – Esak Saat Menceritakan Bagaimana Majikan Nya Warga Singapura Melayan Dia Tanpa Belas Kasihan Sehingga Menjadi Tular Di Media Sosial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*