Rihana Oksana Terpaksa Jual “Cincin Kahwin” Bayar Bil Perubatan

Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V masih belum berkesudahan lagi. Terbaru, Rihana memberitahu dia terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (RM1juta).

Menurutnya, dia sangat terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan. Ujarnya lagi, wang tersebut digunakan untuk menampung bil perubatannya di Switzerland dan mendedahkan hampir kehilangan anaknya berikutan Leon berdepan beberapa komplikasi ketika dalam kandungan.

Daily Mail malaporkan, Rihana mend4kwa dia terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,” katanya.

Terdahulu, Rihana mend4kwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mend4kwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Minggu lalu, The Sun UK melaporkan Rihana did4kwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Sumber : Rotikaya via KLPRESS

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Rihana Oksana Terpaksa Jual “Cincin Kahwin” Bayar Bil Perubatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*