‘Setelah Kian Lama Menyepi, Zynakal Akhirnya Kembali Munculkan Diri! Badan Pun Makin… -’ Rakan Artis Dedah Sesuatu tentang Zynakal

Selepas menyepikan diri hampir satu bulan, penyanyi Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli akhirnya kembali memunculkan diri.
 
Berita baik itu dikongsi oleh rakan baik Zynakal sendiri iaitu Sufian Suhaimi menerusi satu posting di Instagramnya.
 
Pada posting tersebut, Sufian memuat naik gambar Zynakal bersama seorang lagi rakan selebriti, Caprice.
 
“Brother is back. Sayang kau walau susah atau senang,” katanya.

Menurut Sufian, Zynakal kini berada dalam kondisi yang baik dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan rakannya itu..
 
“Semoga kita semua berdoa perkara yang baik-baik,” katanya.
 
Menjengah ke ruang komen, rata-rata gembira dengan kemunculan semula Zynakal.
 Kebanyakan mereka berpendapat penyanyi berusia 21 tahun itu kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini.

 Terdahulu, Zynakal mencetuskan kontroversi apabila mencekik seorang pekerja stesen minyak dan menghalang tugas anggota polis.
 
Akibat tindakannya itu, dia telah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur.
 
Susulan daripada itu juga, Zynakal dihantar untuk mendapatkan rawatan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur.
 
Difahamkan penyanyi yang popular dengan lagu Terbang itu menghidapi penyakit bipolar mania iaitu salah satu penyakit gangguan mental. 
 
Antara simptom penyakit tersebut adalah berhalusinasi, perwatakan yang berubah-ubah, terlebih aktif dan kurang tidur.

View this post on Instagram

Brother is back. Love you through all ups and downs. Always. @zynakal

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

SUMBER

Be the first to comment on "‘Setelah Kian Lama Menyepi, Zynakal Akhirnya Kembali Munculkan Diri! Badan Pun Makin… -’ Rakan Artis Dedah Sesuatu tentang Zynakal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*