Umum rasanya kini semua dah tahu yang Han Byul, boyband dari Korea telah diangkat menjadi juara bagi Konsert Akhir Big Stage musim kedua pada Ahad lepas. Namun disebalik kegembiraan ramai, ada pulak cerita yang tak sedap didengar mengenai juara dan naib juara rancangan ni.
Menerusi komen netizen di Twitter, dengarnya ada yang tak puas hati Han Byul secara spontan berpeIukan atas pentas dengan Neeta Manisha selepas keputusan diumumkan. Eh dorang peIuk-peIuk ke??

“Aku tunggu je ni orang kecam Han Byul peIuk Neeta”
Rata-rata netizen yang melihat aksi Han Byul dan Neeta berpeIukan di pentas Big Stage telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana aksi tu dianggap tak sopan dan tak sesuai dipertontonkan kepada umum.
Malah ada juga ‘haters’ Han Byul siap berharap yang penyanyi dari Korea tu dapat kec4man kaw-kaw dari netizen sebab tindakan spontannya yang keterlaluan tu. Aiyo…

“Mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim” – Neeta
Pun begitu, Neeta, 25 yang enggan perkara ni jadi perbualan dan gosip ramai menjelaskan yang dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka pun memang rapat sejak dari awal pertandingan lagi. Oh… m4ti-m4ti ingat Neeta ni Melayu!
“Saya ingin jelaskan… kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeIuk) tu bukan saya nak kata salah atau betul.
“Semasa dia peIuk itu takkan saya nak tolak pulak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeIuk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. 8 minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.
“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton,” kata Neeta kepada mStar.
Apa-apapun min harap netizen lepas ni janganlah cepat mel4tah bila nampak kejadian macam ni berlaku. Semoga Neeta terus sukses ye!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:Lobak Merah
Be the first to comment on "(Video) Berpeluukan Dengan HanByul Di Atas Pentas Di Konsert Akhir Big Stage,Neeta Tampil Cerita Sesuatu Yang Ramai Orang Tak Tahu"