Akhirnya Tajul Dengan Yakin Tayang Foto Isteri Buat Pertama Kalinya di IG Selepas Mengaku Suami Orang

Sejak semalam, industri hiburan mulai kecoh apabila teka-teki mengenai status sebenar penyanyi lelaki, Tajul Ariff atau Tajul terjawab apabila empunya badan mengakui hal tersebut.

Sudah berkahwin hampir dua tahun dengan Nurul Syamieza Eddie, 23, Tajul dijangka akan menimang cahaya mata pertama pada November depan selepas isterinya hamil 8 bulan ketika ini.

Setelah pendedahan tersebut menjawab segala persoalan, akhirnya Tajul dengan yakin telah pun memuat naik gambar isteri buat pertama kalinya di IG story miliknya pagi tadi.

Dia yang telah dijemput ke stesen radio Hot FM dalam segmen Geng Pagi Hot juga menjelaskan bahawa status perkahwinannya sengaja dirahsiakan adalah atas kehendak isterinya sendiri yang tidak mahu privasi mereka diganggu.

Bernikah pada usia 19 tahun, Tajul akui nekad menghalalkan hubungan dengan isteri ketika itu adalah demi keluarga tercinta.

View this post on Instagram

Ohh. Kerana keluarga, Tajul nekad bernikah pada umur 19 tahun! Diam tak diam dah 2 tahun ek. Nak jadi ayah dah 🙈 @tajulofficial @shuk_hotfm @shuibsepahtu @fizie_hotfm

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Bakal bergelar bapa diusia muda, Tajul menjelaskan pernikahan yang berlaku dua tahun lepas adalah permintaan daripada arwah bapa kepada isterinya yang mahukan Tajul menjadi suami kepada anaknya ketika mereka sedang bercinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di SinarViralNetwork 

Sumber : Hot FMTajul Ariff

Be the first to comment on "Akhirnya Tajul Dengan Yakin Tayang Foto Isteri Buat Pertama Kalinya di IG Selepas Mengaku Suami Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*