Bila Penyanyi Rap MK K-Clique Buat Live Instagram Dengan Ibu, Tak Sangka Ini Respon Netizen

Ibu engkaulah ratu hatiku! Itulah antara lirik lagu yang kita sering dengar di kaca televisyen dan semestinya syurga seorang anak itu berada di bawah tapak kaki ibunya. Ibu antara insan yang kita perlu hormat dan layan dengan baik kerana penat lelahnya membesarkan kita sebagai orang yang berguna. Walaupun nama kumpulan K-Clique sedang meniti kemuncak populariti, keperibadiaan penyanyi Rap, MK K-Clique dipuji netizen selepas video live di Instagramnya bersama ibu tersayang mendapat pujian netizen.

Hairi atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique membuat live di Instagram bersama ibunya, Kamariah tatkala dia kini sedang berjauhan dengan ibu tercinta.

Menerusi Instagram MK, live di Instagramnya ditonton hampir 10,000 netizen. Salah seorang pengguna Twitter telah memuatnaik video live tersebut di akaun Twitternya sofea_rhmn dan telah meraih hampir 6,000 Retweets, 9,800 likes serta 153,000 tontonan. Wah! ramai betul minat MK ni!

#Mk-kclique live dengan Mak die siap Rap 🤣

Posted by Putra Boss Muda on Friday, 4 October 2019

Kapsyen di posting Twitter Sofea_rhmn telah mendapat perhatian netizen terutamanya k4um wanita.

Yaa Allah comelnya hairiWhuuT dengan mak dia.

Sifat penyayang MK terhadap ibunya betul-betul membuatkan netizen ‘cair habis’ dan MK sempat menyanyi rap dengan ibunya di live Instagram sambil ditonton oleh netizen.

Rata-rata netizen yang terdiri daripada golongan wanita ramai memberi komen memuji cara MK melayan ibunya dengan sangat baik. Perbualan antara MK bersama ibunya juga membuat netizen terhibur dan MK dilihat seperti seorang anak yang taat kepada ibuya.

Dia yang cakap dulu Assalamualaikum kat pak cik tu. Hormatnya kat orang tua.-Netizen

Tak minat tapi cute pulak MK ni eishh!– Netizen

Anak yang baik.– Netizen

Bukan itu sahaja, MK juga pandai menghorm4ti orang yang lebih tua apabila ketika video live Instagramnya sedang berjalan, seorang pak cik datang ke arahnya dan MK terus bersalaman dengan pak cik tersebut tanda hormat.

Malah di akhir video live Instagram MK, penyanyi lagu Mimpi itu dilihat menitiskan air matanya mungkin kerana rindu terhadap ibunya.

Jarang sekali kita tengok artis buat live instagram dengan ibu sendiri kan? Bagusnya Hairi, tetap sayang dan layan ibu seperti ratu! Contohi lah sikap Hairi walaupun popularitinya kian menaik sekarang ni tau!

Sumber: Twitter Sofea-rhmn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Bila Penyanyi Rap MK K-Clique Buat Live Instagram Dengan Ibu, Tak Sangka Ini Respon Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*