(Video) “Suami Nurse Dedah Bukti Rakaman Cctv,Resit Hotel” – Isteri Mabvk Bercinta Dengan Doktor Sampai Minta Ceraii

Hari ini laman media sosial kecoh mengenai sebuah video yang memaparkan pemuda membelasah seorang doktor lelaki kerana menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Tidak berdiam diri, pemuda berkenaan Aiman Ariff tampil menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan selepas doktor itu tidak mengambil kisah tentang amaran agar tidak berjumpa lagi dengan isterinya, Intan.

“Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.
“Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat… tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi.
“Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?,” katanya.

Pemuda berusia 31 tahun itu juga menafikan bahawa dia cemburu buta sebaliknya sering mengambil berat terhadap isterinya kerana tidak berada di hadapan mata.

“Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya.
“Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang… isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya,” ujarnya.

Tambah Aiman lagi, dia menyedari isterinya berlaku curang hampir lapan bulan malah mengetahui perkara itu daripada ibu mentuanya sendiri.

“Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.
“Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah alhamdulillah semua terbongkar.
“Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel.

Walau bagaimanapun, Aiman menafikan dirinya seorang dayus kerana masih sayang serta tidak pernah ‘naik tangan’ terhadap isterinya malah berharap supaya wanita itu insaf.

“Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri,” katanya lagi.
“Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri,” katanya lagi.
 
 
 

Sumber : mStar Online , Muslim Shah

Be the first to comment on "(Video) “Suami Nurse Dedah Bukti Rakaman Cctv,Resit Hotel” – Isteri Mabvk Bercinta Dengan Doktor Sampai Minta Ceraii"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*