Ibu Haneesya Hanee koyak laporan polis? – Ajak sokong kempen Anti Bul1

Terkilan dengan dakwaan netizen, ibu Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda menjelaskan laporan polis yang dibuatnya terdahulu tiada kaitan dengan isu warna kulit anaknya. Menurutnya laporan tersebut dibuat kerana beliau sudah tidak tahan melihat anaknya terus dih1na.

“Saya buat laporan supaya tidak ada lagi fitnah. Laporan ini juga tidak ada kaitan dengan isu kulit gelap. Satu akaun saya buat di Facebook saya berkenaan mesej berbaur ugutan. Dua akaun lagi di laman sosial Haneesya”

“Akaun itu mengambil gambar tanpa izin untuk mengaibkan Haneeysa. Lagi satu individu ini mengaitkan Hajarul Aswad dan mengh1na tempat tinggal kami. Selama ini anda semua bersuara bukan saja berkaitan kulit gelap tapi anda h1na dia, anda panggil dia binatang dan babi, saya tak buat apa pun”

Bagaimanapun menerusi satu video dikongsi Haneesya, mungkin kerana terus diasak dengan kritikan Nor bertindak mengoyakkan kertas laporan polis serta mengajak orang ramai ke kediamannya untuk majlis doa selamat serta menyokong kempen anti bul1 pada 12 Oktober ini.

“Saya menasihati anak saya, kami sama-sama bangun dan hadapi benda ini. Tak pernah ambil sebarang tindakan. Tapi sebagai seorang ibu saya ambil tindakan bersuara untuk anak saya tapi saya dipij4k”

“Teruskan mengh1na kami dan terus mengh1na anak yang saya lahirkan. Kepada anda yang menyokong kami, saya menjemput anda datang ke PPR Pudu untuk doa selamat dan kempen Say No To Bully and Cyberbully,” katanya. 

TERDAHULU, Menang di ABPBH 32 baru-baru ini, ramai mempertikaikan apabila Haneesya Hanee merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular sedangkan tidak pernah melihat gadis itu berlakon mahupun muncul di kaca televisyen.

Malah, ramai yang mengecam pelakon tersebut dan ada yang menuduhnya mencari publisiti murahan dengan menggunakan isu warna kulit. Tidak kurang juga ada yang menjadikan Haneesya sebagai bahan jenaka serta menyamakannya dengan objek berwarna hitam.

Tidak tahan dengan gelaran melampau yang diberikan, ibu kepada pelakon Haneesya Hanee bertindak membuat laporan polis terhadap dua orang netizen yang terlibat.

Haneesya dah penat bercakap so now let my mother talk.

Yall can mess with me but not with this lady’s daughter.

So to @akustikajalanan n @JefriiMY you hv 2 weeks from now to do a public apology if not my mom is taking this to the court. pic.twitter.com/0TcrG7LStw

— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 29, 2019

Menerusi video dikongsikan oleh Haneesya di Twitter, ibunya memberitahu dua individu tersebut disifatkan sangat melampau menyamakannya anaknya dengan bubble tea dan Hajarul Aswad.

Ibu Haneesya, Nor Sakuraneeda turut memberikan tempoh dua minggu kepada dua netizen tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Dalam pada itu, turut meminta netizen berhenti mengungkit kisah silam anaknya yang sudah menyesali perbuatan tersebut.

Kredit: Rotikaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Ibu Haneesya Hanee koyak laporan polis? – Ajak sokong kempen Anti Bul1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*