Membincangkan topik mengenai ‘Dilema Mentua Sebumbung’, program bual bicara Mingguan Wanita yang bersiaran langsung pada 3 Oktober (Khamis) lalu ada berkongsi situasi antara mentua dan menantu yang tinggal sebumbung.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat selaku tetamu jemputan tampil berkongsi pengalamannya yang duduk serumah dengan mertua, Datin Fatimah Ismail iaitu ibu kepada Syamsul Yusof.
“Saya selalu kongsi masaIah dengan ibu mentua kerana saya berkahwin dengan anak dia (Syamsul).
“Jadi, ibu mentua yang lebih memahami pasal Syamsul. Secara keseluruhannya, ibu adalah orang yang terbaik yang tahu pasal anak dia.
“Kami (Sarah dan pihak mertua) saling memahami dan ada batasan. Alhamdulilah, mereka tak ada campur tangan. Kalau ada benda tak elok, mereka nasihat,” kongsi Sarah.
Memegang pada prinsip saling menghormati dan respek antara satu sama lain, ibu kepada dua cahaya mata ini mahu hubvngan dengan mentua bahagia dan tidak mahu bermasam muka.
“Kita kena ada respek antara satu sama lain. Sebagai menantu dan yang muda kita kena ikut cara mereka (mentua) dan jangan terlalu ikut kepala sendiri.
“Kita tak boleh bawa perang@i kita di rumah sendiri ke rumah mertua. Ibarat kita masuk rumah orang, kita kena ikut cara orang itu,” katanya optimls.
Telah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada Mac 2014, Sarah akui bahawa dia pernah mengalami situasi teg@ng bersama, namun mereka bijak mengatasi perkara tesebut.
“Kami (Sarah dan Syamsul) bergadvh tak adalah sampai meninggikan suara, sebab kami tahu tinggal di rumah mentua, kami akan jaga batasan dan komunikasi adalah perkara penting untuk atasi masaIah tersebut (pergadvhan),” jelasnya jujur.
Mahu mendapatkan perkongsian dari ibu mertua, Datin Fatimah Ismail mempunyai tiga orang menantu perempuan bersyukur kerana masing-masing sentiasa memahami dan tidak pernah mencetvskan permasaIahan.
“Kalau ada sesuatu perkara yang tidak baik, saya akan tegur secara nasihat.
“Seperti dia (Sarah) seorang yang rajin bertanya dan datang kepada saya berkongsi masaIah, sehinggakan Syamsul cembvru. Sebaliknya dia bukan mengaadu, cuma minta nasihat sahaja.
“Saya memehami kedudukan mereka (menantu) sebab saya pun pernah duduk dengan ibu mertua saya dulu,”jelasnya.
Ikuti temu bual penuh bersama mereka;
Video : Youtube Mingguan Wanita
Sumber : Media Hiburan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Saling Respek & Tahu Batas, Puteri Sarah Tak Kekok Tinggal Sebumbung Dengan Mentua"