“Fuyuuuuuuuu…” – Sweet! Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong

Itu antara komen netizen terhadap aksi kandid Yang di-Pertuan Agong Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah yang dikongsi baginda di Twitter.

Gambar dengan kapsyen “fuyuuuuuuuu…” mendapat 3,000 ulang kicau dan 13,600 tanda suka.

Dalam gambar itu, Al-Sultan Abdullah dilihat seolah-olah mahu memberikan ciuuman kepada Tunku Azizah.

Kedua-duanya kelihatan segak dan anggun memakai busana diraja.

Antara komen netizen pada posting Tunku Azizah.

Rata-rata netizen menyifatkan Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah sebagai ‘sweet couple’.

“Comel je merpati dua sejoli ni. Semoga tuanku sentiasa dalam jagaan Allah dan bahagia sentiasa. InsyaAllah… Amin,” kata Asyiqin.

“Bersemut patik tengok gambar ni tuanku,” kata Wanny.

“Malu-malu kucing ke Tuanku?” kata DiyaAmin.

Thanks Tuanku for reminding our parents & guardians when they’re like this at home,” kata Nawal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Fuyuuuuuuuu…” – Sweet! Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*