Pemandu Sanggup Ikut Kereta Hadapan Rapat2, Didakkwa Sebab Nak Elak Bayar Parking Dikecaam

Memasuki tempat letak kereta pusat membeli-belah kebiasaannya pasti ada tiket atau bayaran menggunakan Touch n Go dan sebagainya. Atau biarpun percuma pasti akan ada tiket yang harus disahkan di mesin bayaran.

Namun bagi pusat membeli-belah terkenal di lembah Klang ini, ramai yang tahu perlu membayar tiket tempat letak kereta.

Biar pun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan sebuah kereta yang mengikuti dengan rapat kenderaan di hadapannya sebelum keluar dari bangunan pasaraya itu tular di sosial media.

Menerusi kapsyen si pemilik akaun Facebook tersebut, dia mendakwa kemungkinan pemandu tersebut berbuat demikian kerana tidak membayar tiket parking.

VF 279 (Honda Civic)Save Parking money? No need to pay…Wat a shame! Pls share!#PDRM

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Tuesday, 1 October 2019

Video tersebut telah meraih perhatian ramai dengan pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.

Ada yang berpendapat kemungkinan kereta itu dicuri dari tempat letak kereta berkenaan dan pencuri tidak memiliki tiket.

Malah ada juga yang menyatakan mungkin ini bukan kali pertama pemandu tersebut melakukannya kerana melihatkan keadaan bahagian depan kereta tersebut.

Selain itu ada juga yang menyelar tindakan pemandu itu yang kedekut untuk membayar tiket tempat letak kereta pasaraya terbabit.

Harapnya jangan pula ada yang cuba meniru taktik ini ya!

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Pemandu Sanggup Ikut Kereta Hadapan Rapat2, Didakkwa Sebab Nak Elak Bayar Parking Dikecaam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*